Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.san.ding] | برسنديڠ

Definisi : 1. berbucu (bersudut) tajam; 2. ki bisa atau tajam (perkataan dll); bulat bersegi, ~ melukai prb orang yg nampaknya lurus tetapi tidak dapat dipercayai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.san.ding] | برسنديڠ

Definisi : 1. duduk bersebelah-sebelahan (berjajar, berdamping, spt pengantin di atas pelamin, dll): mereka sedang ~ di atas pelamin; 2. ki ark setanding, setaraf; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.san.ding] | برسنديڠ

Definisi : 1 ada sandingnya; berbucu; bersudut: kaki meja yg ~. 2 ki tajam (ttg perkataan): Perkataannya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.san.ding] | برسنديڠ

Definisi : duduk di sebelah seseorang yg lain, spt pe­ngantin di atas pelamin; duduk bersebelah-sebelahan: Pengantin sedang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanding2 (kata nama)
Bersinonim dengan sudut, penjuru, bucu, hujung, juring, birai;,
Kata Terbitan : bersanding, menyandingi, menyandingkan, sandingan, bersanding,

Puisi
 

Tirai berombak-ombak,
     Bantal bertekat di tepi dinding;
Biar undur hendak berkuak,
     Pengantin nak masuk bersanding.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Batu hitam tak bersanding.

Bermaksud :

Walaupun kelihatannya lemah tetapi sukar mengalahkannya. (Bandingkan dengan: Batu bulat tak bersanding).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
duet pintu[du.wet pin.tu] wang yang diberikan kepada kaum keluarga pengantin perempuan yang membuat adangan di halaman rumah, di depan tangga atau pintu sebagai sekatan kepada pengantin lelaki dalam perjalanannya untuk bersanding dengan pengantin perempuan; tebos pelamin.   
duet lawe[du.wet lA.w«] wang yang dibayar kepada mak andam untuk memesan kerusi pengantin lelaki.Kalau sandeng kat rumah, kite kene siyap duet pintu, kalau kat dewan tak payah le.[kA.lAw sAn.deN kAt Äu.mAh ki.t« k«.n« si.jAp du.wet pin.tu ]Kalau bersanding di rumah, kita kena siap duit pintu, kalau bersanding di dewan, tidak payahlah.

Kembali ke atas