Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersantun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, 'Tatabahasa Dewan' memang duah menjadi bahan rujukan asas saya. Demi memperkemas lagi pemahaman tatabahasa Melayu, bolehkah Tuan/Puan sarankan bahan-bahan rujukan tambahan yang lain?Untuk pelajar yang terlibat dengan peperiksaan kami sarankan merujuk buku Tatabahasa Dewan termasuklah edisi sekolah rendah dan sekolah menengah. Untuk pelajar dan orang awam yang berminat untuk membuat kajian boleh merujuk buku tatabahasa dalam pelbagai aspek seperti pembentukan kata dan pembentukan ayat, seperti Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Pembentukan Kata : Unsur Bergabung Tutur Bersambung, Ismail Dahaman dan Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Pembentukan Ayat: Kalimat Bersusun Ayat Bersantun, Ismail Dahaman.
Lain-lain04.08.2020
ISU PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN DAN KATA BILANGAN TANPA MENGIKUT PRESKRIPTIF.Soalan yang dikemukakan ini berbentuk tugasan kuliah. Saudari perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci untuk menyelesaikan soalan ini. Saudari boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran untuk membuat penyelidikan atau merujuk buku dan makalah yang berkaitan. Sila layari laman web kami dan klik domain Buku atau  Artikel.      

Untuk pelajar dan orang awam yang berminat untuk membuat kajian boleh merujuk buku berkaitan tatabahasa dalam pelbagai aspek seperti pembentukan kata dan pembentukan ayat, seperti buku Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Pembentukan Kata: Unsur Bergabung Tutur Bersambung, Ismail Dahaman, buku Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Pembentukan Ayat: Kalimat Bersusun Ayat Bersantun, Ismail Dahaman dan buku Soal Jawab Bahasa, Abdul Ghalib Yunus. 

Untuk makluman saudari, buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka  merupakan rujukan utama dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat tentang isu bahasa, sila gunakan Buku Tatabahasa Dewan sebagai panduan.
Tatabahasa12.12.2020
isu yang wujud dalam frasa nama. kesalahan yang sering dilakukan oleh seseorang berkenaan dengan frasa namaSoalan yang dikemukakan ini berbentuk tugasan kuliah. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci untuk menyelesaikan soalan ini. Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran untuk membuat penyelidikan atau merujuk buku dan makalah yang berkaitan. Sila layari laman web kami dan klik domain Buku atau  Artikel.      

Untuk pelajar dan orang awam yang berminat untuk membuat kajian boleh merujuk buku berkaitan tatabahasa dalam pelbagai aspek seperti pembentukan kata dan pembentukan ayat, seperti buku Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Pembentukan Kata: Unsur Bergabung Tutur Bersambung, Ismail Dahaman, buku Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Pembentukan Ayat: Kalimat Bersusun Ayat Bersantun, Ismail Dahaman dan buku Soal Jawab Bahasa, Abdul Ghalib Yunus. 

Untuk makluman saudara, buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka  merupakan rujukan utama dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat tentang isu bahasa, sila gunakan Buku Tatabahasa Dewan sebagai panduan.

Tatabahasa12.12.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ssaya seorang pelajar dan ditugaskan untuk membuat kajian berkenaan frasa kerja. Jadi saya ingin tahu isu atau permasalahan yang biasanya dibangkitkan dalam frasa kerja ini. Terima kasih.

Pertanyaan saudari ini berbentuk tugasan pelajar. Saudari perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaitan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudari juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.

Antara buku berkaitan tatabahasa dalam pelbagai aspek seperti pembentukan kata dan pembentukan ayat yang boleh dijadikan rujukan, seperti buku Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Pembentukan Kata: Unsur Bergabung Tutur Bersambung, Ismail Dahaman, buku Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Pembentukan Ayat: Kalimat Bersusun Ayat Bersantun, Ismail Dahaman dan buku Soal Jawab Bahasa, Abdul Ghalib Yunus.

Walau bagaimanapun, buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka  perlu dijadikan rujukan sekiranya ada perbezaan pendapat tentang isu bahasa. Buku ini juga merupakan panduan utama dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. 

Tatabahasa12.12.2020

Kembali ke atas