Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sara2
Kata Terbitan : bersara, menyara, pesara, bersara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.( Encik Ali, pengurus syarikat itu / Encik Ali pengurus syarikat itu ) akan bersara pada minggu depan.1.Encik Ali pengurus syarikat itu akan bersara pada minggu depan. - tidak perlu tanda koma selepas Encik Ali, walau bagaimanapun dalam sebutan memang berhenti sekejap (pause). Tatabahasa17.09.2010
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab.

1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut.

2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri".

Tatabahasa15.02.2011
Assalamualaikum DBP. Nama saya Kapten Mohamad Nawi bin Ismail (Bersara) daripada Syarikat MNI Teguh Jaya Ventures. Saya ingin mendapatkan pengesahan iklan bagi perniagaan saya ini untuk memohon lesen perniagaan daripada Majlis Perniagaan Nilai (MPN). Iklan tersebut adalah seperti berikut: 1. Kedai Toy's Murah - Menjual mainan terpakai daripada luar negera, hard toys dan soft toys 2. AhPeng Garage - Kedai Membaiki Motorsikal, Membaiki motorsikal dan Modifikasi Ekzos Motorsikal Mohon pengesahan daripada pihak tuan untuk pengeluaran Sijil Pengesahan Bahasa daripada pihak tuan. Terima Kasih.Wassalam,

Mohon pihak tuan buat permohonan melalui kunjungan kaunter kami di DBP (Kuala Lumpur) atau melalui dalam talian http://www.dbpsahbahasa.my/

Terim kasih.
Lain-lain18.10.2017
1. Adakah terdapat kajian tentang syair bidasari oleh sarjana tempatan ataupun luar negara dalam rekod dbp. 2. Jika ada boleh kah saya mendapat maklumat para sarjana tersebut dan tpik apakah yang sarjana kaji dalam syair bidasari. 3. Di manakah naskhah asal syair bidasari didapati? 4. Adakah diketahui siapa penulis syair tersebut? 5. Apakah beza baru dengan baharu? Berikan contoh dalam ayat agar mudah saya memehaminya denganlebih jelas. 6. Guru Besar atau guru besar dari segi ejaan huruf G dan B sama ada besar atau kecil? 7.Tulis huruf besar atau kecil untuk sambutan hari guru atau Sambutan Hari Guru Jumpa lagi.

Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan kajian tentang Syair Bidasari pada tahun 1989. Buku tersebut diusahakan oleh Puan Jamilah Hj. Ahmad , seorang Pegawai Penyelidik dari Bhg. Kesusasteraan  Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka dan kini beliau telah pun bersara.

Naskhah asal Syair Bidasari boleh ditemui di Royal Asiatic Society, London, School of Oriental and African Studies, London, Cambridge University Library, Cambridge, British Musem, London dan Leiden University Library. Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaya hanya menyimpan salinan naskhah dalam bentuk mikrofilem sahaja.

 

Lain-lain15.07.2010
salam sejahtera Tuan. Terima kasih atas maklum balas dan jawapan yang diberikan selama ini. Kali ini saya ingin mengemukakan pertanyaan berikut. Setelah keliru dengan penggunaan 'dari' dan ' daripada' khususnya bagi frasa yang tidak jelas menunjukkan tempat. Contohnya ialah (1) Dia balik dari / daripada menjaja kuih. (2) Dia telah bersara dari/daripada perkhidmatan. (3) Pegawai itu datang dari/daripada kementerian pelajaran. Pada pendapat saya, kesemua ayat di atas patut menggunakan kata sendi nama 'daripada' kerana frasa selepasnya bukan tempat. Harap mendapat penjelasan daripada tuan. Sekian terima kasih.Kata sendi nama yang tepat ialah daripada. Kata sendi nama daripada digunakan  hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.Tatabahasa12.09.2013
(1) Bolehkah kata pemeri 'ialah' menerima unsur komplemen, seperti ayat ini: Maksud jadual di atas ialah bahawa frasa adjektif boleh mengandungi kata bantu....... (2) Jikalau boleh, kenapa? (3) Adakah kata pemeri 'adalah' lebih sesuai digunakan?

Kata pemeri “ialah” dan “adalah” tidak boleh menerima kata hubung pancangan komplemen. Hal ini disebabkan, kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah “bahawa” dan “untuk”. 1">

1"> 

Contoh dalam ayat:1">

(a) Dia menerangkan sesuatu. (Ayat induk)1">

(b) Murid itu sakit. (Ayat komplemen)1">

Ayat (b) dipancang ke dalam ayat (a) untuk melengkapkan kata kerja dalam ayat tersebut. Hubungan ayat tersebut disebut hubungan komplemen dan ayat tersebut menjadi "Dia menerangkan bahawa murid itu sakit".1">

1"> 

Manakala, kata pemeri “ialah” bertujuan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti “Guru besar SK Wangsa Melawati ialah Puan Noraini binti Ahmad”. Kata pemeri “adalah” pula menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti “Kedudukan seseorang menteri dalam masyarakat adalah tinggi” dan “Majlis Sekalung Budi diadakan adalah untuk meraikan pengetua yang bakal bersara”.
Tatabahasa18.06.2020
boleh tuan jelaskan apakah jenis-jenis proses pemajmukan?

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Terdapat tiga jenis ayat majmuk berdasarkan cara  ayat tersebut dibentuk iaitu:   

1. Ayat majmuk gabungan iaitu menggabungkan dua ayat atau lebih kepada satu ayat dengan cara  mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Contohnya: Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak.  

2. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada satu klausa bebas (ayat induk) dan satu klausa tak bebas (ayat kecil). Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu; i). Ayat (majmuk pancangan) relatif menggunakan kata hubung yang, contohnya: Saya membeli baju yang berwarna merah (Saya membeli baju + yang + Baju itu berwarna merah). ii). Ayat (majmuk pancangan) komplemen ialah ayat majmuk yang mempunyai bahagian komplemen yang menggunakan kata hubung bahawa dan untuk. Bahagian komplemen berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut. Contohnya: Dia mengetahui bahawa Ahmad telah bersara. (Dia mengetahui (sesuatu) + bahawa (kata hubung komplemen) + Ahmad telah bersara). iii). Ayat (majmuk pancangan) keterangan pula ialah ayat majmuk yang mempunyai ayat keterangan atau klausa keterangan di dalamnya dan disambungkan dengan kata hubung ketika, kerana, jika, dengan dan sebagainya. Contohnya: Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat (Saya tidak dapat hadir + kerana (kata hubung keterangan) + Saya kurang sihat.)

3. Ayat majmuk campuran ialah ayat mempunyai lebih daripada satu jenis ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan beberapa majmuk atau berbagai-bagai deretan ayat majmuk. Contohnya: Dia sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bab 18 Ayat Majmuk (halaman 497-522).

 

Tatabahasa12.12.2020

Kembali ke atas