Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.rang] | برسارڠ

Definisi : 1. membuat sarang (burung, serangga, binatang kecil, dll), mempunyai sarang: burung tiung ~ di hujung terap; 2. bertempat utk bersembunyi (perompak, penyamun, dll): perompak-perompak itu ~ di dlm sebuah gua; 3. ki mengambil tempat di, menetap di: penyakit malaria sudah ~ dlm tubuhnya; dia tidak berani membiarkan perasaan yg buruk-buruk itu ~ dlm kepalanya; 4. ki duduk dgn senang di: ia ~ dgn leganya di atas sebuah kerusi; 5. kena (pukulan dll), masuk (tikaman, peluru, dll), tembus, lut: kerisnya ~ dlm dada musuh yg menyerangnya; 6. Id masuk gol (dlm permainan bola sepak); 7. = bersarang-sarang berlubang-lubang, banyak lubangnya: saya tengok ~ tengkoraknya bekas peluru; betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak ~ prb anak bujang yg bebas berjalan ke mana-mana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.rang] | برسارڠ

Definisi : 1 membuat sarang: Burung murai ~ dlm lubang. 2 bersembunyi: Penyamun-penyamun itu dipercayai ~ di dlm sebuah gua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sarang (kata nama)
1. Bersinonim dengan sangkar: sangkak, kurungan, kandang, reban, pasung, kerangkengan, celung, sangluang, seron, tarang, petarangan, terak, sendong,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tempat persembunyian, markas, kubang,

Kata Terbitan : bersarang, bersarang-sarang,

Puisi
 

Bukan lebah sebarang lebah,
     Lebah bersarang di pohon dedap;
Bukan sembah sebarang sembah,
     Sembah saya mohon bercakap.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada,
     ada mengada),
masakan tempua bersarang rendah.

Bermaksud :

Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nested subroutinesubrutin bersarangKomputerTiadaTiada
nested loopgelung bersarangKomputerTiadaTiada
nested structurestruktur bersarangKomputerTiadaTiada
nested nanotubenanotiub bersarangFizikNanoteknologiNanotiub yang strukturnya berbilang dinding dan tersusun secara sepaksi. Proses pembentukannya tidak melibatkan penggunaan mangkin, seperti kobalt, nikel atau besi sebagaimana yang digunakan untuk pembentukan nanotiub dinding tunggal. Nanotiub ini digunakan sebagai elektrod dalam superkapasitor dan bateri.
action diagramgambar rajah langkahTeknologi MaklumatTiadaGambar rajah yang menggunakan tanda kurungan bersarang yang menunjukkan hierarki, struktur atau cara atau spesifikasi.
multi-walled carbon nanotube (MWNT)nanotiub karbon berbilang dinding (MWNT)FizikNanoteknologiLihat nanotiub bersarang.

Kembali ke atas