Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA))Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia BaratSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan di bawah PBB yang beribu pejabat di Amman, Jordan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1949 menggantikan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin sebagai pertubuhan utama PBB dalam hal ehwal pelarian Palestin. Pada tahun 1999, lebih kurang 3.6 juta orang yang menjadi pelarian akibat beberapa peperangan yang berlaku antara negara Arab dengan Israel, telah berdaftar dengan UNRWA. Daripada jumlah ini, 1.1 juta orang ditempatkan di kem pelarian UNRWA. Walaupun pada asalnya pertubuhan ini hanya memainkan peranan dalam urusan penghantaran balik pelarian ke negara asal mereka, ganti rugi dan penempatan semula, pertubuhan ini kemudiannya terpaksa memikul tanggungjawab menyediakan rumah, makanan dan pendidikan bagi pelarian ini di Lubnan, Syria, Jordan, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pertubuhan ini juga menghadapi pelbagai masalah berkaitan persaingan kepentingan antara Israel, negara- negara Arab dan pergerakan Palestin. Sinonim UNRWA.
coalescencepenyatuanFarmasiFarmaseutikKeadaan apabila dua atau lebih titisan bersatu menjadi titisan yang lebih besar. Titisan-titisan ini terampai dalam satu cecair yang tidak larut campur dengannya. Dalam konteks emulsi, keadaan ini juga akan menyebabkan berlakunya pemecahan, dan seterusnya pemisahan fasa dua cecair. Akibat daripada keadaan ini, ketakstabilan sistem emulsi akan berlaku.1">
cirrocumulussirokumulusMeteorologiMeteorologi PerhubunganGenus awan yang tampak nipis, berbentuk tompokan kecil putih tanpa bayang-bayang. Kumulus terdiri daripada unsur-unsur yang sangat kecil seperti bentuk butiran atau riak. Unsur-unsur tersebut mungkin bersatu atau terpisah dan agak teratur; meliputi sudut kurang daripada 1� jika diamati pada sudut lebih daripada 30� di atas ufuk. Lubang atau celahan sering terjadi pada lembar sirokumulus. Sirokumulus terbentuk daripada titis-titis air yang sangat adisejuk, atau daripada hablur ais kecil atau campuran kedua-duanya; titis-titis tersebut biasanya cepat berubah menjadi hablur ais. Kadang-kadang kelihatan 'korona' atau 'selaput pelangi' atau Mamma. Virga kecil mungkin turun. Khususnya daripada sirokumulus, kastelanus dan flakus. Singkatan Cc.

Kembali ke atas