Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.yap] | برسايڤ

Definisi : mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersayap

Puisi
 

Anak kumbang terayap-rayap,
     Mari ditangkap anak Turki;
Hendak terbang tiada bersayap,
     Hendak hinggap tiada berkaki.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hendak hinggap tiada berkaki.

Bermaksud :

Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak terbang tiada bersayap). (Bandingkan dengan: Sampan ada pengayuh tidak).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga kapas bersayap(Ir.)bunga kapas bersayap(Ir.)KesenianTiadaMotif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk bunga kapas yang kembang.
biplanekapal terbang bersayap kembar; dwisatahKejuruteraanTiadaTiada
winged thistle poisoningkeracunan tisel bersayapVeterinarTiadaTiada
biplane interference factorfaktor gangguan kapal terbang bersayap kembarKejuruteraanTiadaTiada
paleopterapaleopteraBiologiEntomologiKumpulan serangga bersayap yang mengalami metamorfosis tak lengkap dan tidak melipatkan sayapnya semasa rehat. bd. paraneoptera.
paraneopteraparaneopteraBiologiEntomologiKumpulan serangga bersayap yang mengalami metamorfosis tak lengap dan melipatkan sayapnya semasa rehat. bd. paleoptera.
blister beetlekumbang lepuhBiologiEntomologiKumbang bersayap pendek yang mengeluarkan bahan minyak berbau busuk untuk perlindungan diri. Darah kumbang ini mengandungi dadah kantradin yang dahulunya digunakan sebagai ubat untuk merawati lepuh. Kumbang dewasa merupakan herbivor, tetapi larvanya menjadi parasit pada lebah.
ant-lionundur-undurBiologiEntomologiLarva serangga bersayap dalam famili Myrmeleontidae dan order Neuroptera. Larva berahang besar ini mengorek lubang ke dalam pasir dan menunggu mangsa, seperti semut dan serangga lain, di dalam lubang dengan rahang terbuka. Larva ini memakan banyak mangsanya sebelum menjadi pupa dan serangga dewasa.
apterousapterBiologiHistologi dan SitologiPerihal tidak bersayap atau tidak mempunyai struktur yang menyerupai sayap, seperti pada batang atau petiol. eksalat.
ergatogyneergatoginBiologiEntomologiSemut beiau atau semut ratu yang tidak bersayap dan menyerupai semut pekerja.
1234

Kembali ke atas