Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berseberangan, seberang-menyeberang 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
seberang1 tebing sungai (pantai laut, tepi jalan dsb) yg di sebelah sana: Rumahnya di ~ anak sungai itu. 2 tempat dll yg berhadap-hadapan letaknya atau duduknya: Dia duduk di ~ saya. berseberangan, seberang-menyeberang 1 berhadap-hadapan atau bertentangan letaknya: Pekan Kuala Kangsar ~ dgn Kampung Sayung. 2 sama-sama terletak di tepi sungai (jalan dll), satu di seberang sana dan satu lagi di seberang sini: Kedua-dua buah bandar itu ~. menyeberang pergi ke seberang sana: Baik-baik apabila ~ jalan. menyeberangi 1 melalui atau menempuh sungai dll; mengharungi: Kita tidak dpt ~ sungai itu kerana airnya terlalu deras. 2 ki menempuh atau mengalami sesuatu kesulitan dll: Selama saya hidup, saya telah ~ seribu satu macam kesukaran. menyeberangkan membawa ke seberang; membawa me­nye­berang. penyeberangan per­­buat­an, hal dsb menyeberang, menyeberangi atau menye­berangkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seberang1. sebelah sana sungai (jalan, laut, dll): kerana rumah ayahku di ~ jalan kereta api, maka kereta kami tidak sampai di hadapan rumah; ~ laut luar negara, negara asing: Razman akan melanjutkan pelajaran di ~ laut; tanah ~ a) tanah asing; b) Pulau Sumatera (bagi orang di Tanah Melayu); c) Semenanjung Tanah Melayu (bagi orang di Sumatera); 2. tempat yg bertentangan dgn, berhadapan dgn: rumahnya di ~ rumah saya; berseberangan, seberang-menyeberang 1. berhadapan letaknya (duduknya), ber-tentangan: sampailah aku ke suatu tempat yg bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dgn Kampung Laut; 2. (terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dll) dan bertentang, (terletak) saling di seberang: maka seberang-menyeberang sungai itu kampung orang; menyeberang 1. pergi ke seberang sana (sungai, jalan, dll), melintas (jalan), meng­harung: mari kita naik pelampung terap ini, kita ~ ke seberang sungai itu; 2. ki memihak kpd musuh (lawan dll), membelot: terdapat juga menteri-menteri kerajaan yg ~ ke pihak pembangkang; menyeberangi 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; menyeberangkan membawa ke seberang, membawa menyeberang; terseberang 1. sudah diseberangkan (di­seberangi); 2. terlepas drpd, terhindar, terbias: tiga kali kita menyeberangi hidup, apabila ketiga kalinya telah kita ~ dgn selamat, bahagialah kita; keseberangan 1. sudah diseberangi; 2. ki telah diketahui (maksud, tujuan, dll); dalam sudah keajukan, lebar sudah ~ prb telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang; penyeberangan 1. perbuatan menyeberang (sungai, jalan raya, dll); 2. tempat me­nyeberang (di sungai, jalan raya, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
berseberangan, seberang-menyeberang 1. berhadapan letaknya (duduknya), ber-tentangan: sampailah aku ke suatu tempat yg bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dgn Kampung Laut; 2. (terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dll) dan bertentang, (terletak) saling di seberang: maka seberang-menyeberang sungai itu kampung orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
berseberangan, seberang-menyeberang1 berhadap-hadapan atau bertentangan letaknya: Pekan Kuala Kangsar ~ dgn Kampung Sayung.Kamus Pelajar

Kembali ke atas