Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.dih] | برسديه

Definisi : = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita: dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.dih] | برسديه

Definisi : , = ~ hati berasa pilu (hiba); berdukacita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedih (kata nama)
Bersinonim dengan sedan, isak, sedu, sedu-sedan, tangis, senggukan, esakan.,
Kata Terbitan : sedih2, bersedih, menyedihkan, penyedih, kesedihan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
emotional condition of learningkeadaan emosi pembelajaranPsikologiPsikologi UmumPembelajaran yang dikaitkan dengan keadaan emosi individu semasa proses tersebut berlaku. Dalam pembelajaran ini, keadaan emosi boleh mempengaruhi ingatan. Contohnya, jika individu itu mempelajari satu senarai perkataan semasa dalam keadaan gembira, maka ingatannya akan lebih baik jika semasa mengingat itu dia juga berada dalam keadaan gembira. Begitu juga jika pembelajaran itu berlaku dalam keadaan individu itu sedang bersedih, maka semasa sedih jugalah dia akan dapat mengingat dengan baik.
facial feedbackmaklum balas mukaPsikologiPsikologi UmumMalumat tentang kedudukan otot muka yang dihantar melalui saraf kranium muka ke otak tentang emosi yang dilahirkan. Contohnya, otot muka individu yang menguntum senyum akan dibawa ke otak oleh saraf kranium muka yang boleh diinterpretasikan sebagai sedang bergembira, sebaliknya individu yang menggertap gigi akan dibawa ke otak untuk diinterpretasikan sebagai seseorang yang sedang marah. Maklum balas muka boleh mempengaruhi keadaan emosi yang boleh menjejaskan niat seseorang untuk bertindak secara berlainan. Contohnya, individu yang bersedih, ototnya akan turut terlibat sehingga apabila disuruh senyum individu tersebut akan mengalami kesukaran untuk senyum dengan sempurna. Begitu juga apabila seseorang itu berada dalam keadaan ceria, sebarang perkara yang melucukan akan membuatkan individu itu lebih mudah untuk ketawa.

Kembali ke atas