Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.fa.ha.man] | برسفهمن

Definisi : bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat, bersetuju: setiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasih-kasihan antara satu sama lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.fa.ha.man] | برسفهمن

Definisi : bersetuju antara satu dgn yg lain; mempunyai fahaman yg sama: Mereka ~ dan hidup dlm aman dan damai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersefahaman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG RUSIA-TURKI

Perang Rusia-Turki. Empayar Rusia dan

Empayar Uthmaniyyah (kini Turki) sentiasa tidak

bersefahaman selama 300 tahun selepas tahun

1600-an. Beberapa kali perang berlaku sepanjang

tempoh ini. Pada mulanya, Empayar Uthmaniyyah

yang menceroboh Rusia. Orang Turki campur

tangan di sempadan selatan Rusia dan menyokong

orang Tartar dari Krimea, iaitu seteru Rusia sejak

dahulu lagi. Sehingga akhir tahun 1600-an, Rusia

cuba mengelakkan perang terbuka dengan orang

Turki kerana empayar Uthmaniyyah lebih kuat

daripada Rusia. Walau bagaimanapun, apabila

empayar Uthmaniyyah semakin lemah, Rusia

bertambah kuat. Rusia mulai meluaskan kuasanya

ke kawasan Laut Hitam dan Balkan. Orang Turki

menguasai kedua-dua kawasan ini. Empayar

Uthmaniyyah kemudiannya mempertahankan

kedua-dua kawasan tersebut walaupun kadangkala

ia juga menyerang, terutamanya apabila mendapat

sokongan negara luar.

UMUM 

Kembali ke atas