Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.ka.li] | برسکالي

Definisi : bersama-sama sekali (dgn), ber­serta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.ka.li] | برسکالي

Definisi : bersama-sama (dgn); berserta (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.se.ka.li] | برسکالي

Definisi : bersama-sama sekali; berserta: Bawa gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersekali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Mohon bantuan untuk menterjemahkan ayat seperti dilampiran. terdapat draf BM dilampirkan bersekali. Terima kasih

Persiaran Perdana terletak di lebuh berhias Putrajaya. Kami berkongsi jalan yang sama dengan bangunan mercu tanda seperti Palaceof Justice (POJ), Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya adalah terletak di hujung jalan berhias tersebut.

Laluan ke Presint3, Putrajaya
Nota: Koordinat GPS:2.916511, 101.683260

Laluan ke lobi/pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah

Tatabahasa08.05.2012
Pertanyaan untuk gelaran sebegini, Dato' Prof. Emeritus Dr. Adakah gelaran Prof. Emeritus tidak bersekali dengan Dr.? Contoh: Prof. Emeritus Dato' Dr. atau Prof. Emeritus Dr. Dato' jika gelaran dato di belakang? Contoh lain Prof. Dato' Dr. atau Prof. Dr. Dato' Prof. Madya Dato' Dr. atau Prof. Madya Dr. Dato' Terima Kasih.

Merujuk kepada “Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 – Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya” yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, kaedah penggunaan panggilan hormat untuk ahli akademik adalah seperti yang berikut:

a)    YBrs. Dr. diikuti dengan nama
b)    YBrs. Prof. Madya Dr. diikuti dengan nama
c)    YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. diikuti dengan nama
d)    YBhg. Tan Sri Prof. Dr. diikuti dengan nama

 

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, saudara boleh merujuk Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.


Lain-lain28.04.2022
Mohon bantuan penerangan susunan gelaran ini. Prof. Datuk Ts. Dr. Hj. Ahmad Safri. Perlukah Prof Dr bersekali sebekum Datuk dan Ts. Atau Susunan sedia ada sudah betul? Mohon pencerahan kerana saya tidak mendapat maklumat yg cukup daripada pek. Istiadat dan panduan tatacara gelaran. Terima kasih.

Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri"

Lain-lain30.03.2022
Salam, soalan tentang frasa "Cabutan bertuah", jika mahu mengelakkan penggunaan "bertuah", bolehkah dipendekkan kepada "cabutan" sahaja? Adakah membawa maksud yang sama, contoh "Ahmad menang hadiah dalam cabutan yang diadakan."Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud “cabutan bertuah” ialah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu. 

Ayat yang betul ialah, "Ahmad memenangi hadiah dalam cabutan bertuah yang diadakan."

Oleh yang demikian, perkataan “cabutan bertuah” perlu dieja bersekali bagi menyampaikan makna yang dilambanginya.

Lain-lain20.10.2023

Kembali ke atas