Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.la.se.la] | برسلا-سلا

Definisi : berselang-seli, selang-menye­lang: pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yg rendang yg ~ dgn pohon kerambil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sela
Kata Terbitan : sela-sela, bersela, bersela-sela, menyela, sela-menyela, menyelakan, selaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jarang I1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang mem­buat supaya jarang (renggang dll); 2. men­jadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu).Kamus Dewan Edisi Keempat
bersela-selaberselang-seli, selang-menye­lang: pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yg rendang yg ~ dgn pohon kerambil;Kamus Dewan Edisi Keempat
penjarangan1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu).Kamus Dewan Edisi Keempat
rumpangMn 1. berselang-selang (bersela-sela) sebab luruh gigi, ompong, rongak; 2. berselang-selang (pagar dll), rongak: pagar yg ~; 3. antara (waktu), sela: selama ia masih dlm perjalanan, tidak akan ~nya aku ber­puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis.Kamus Dewan Edisi Keempat
sela1. = sela-sela ruang di antara dua benda, celah: dr ~ daun-daun, dipandangnya pemuda itu dgn terharu; 2. sesuatu yg terletak (terselit dll) di antara dua benda; tanaman ~ tanaman (spt jagung, kacang, dll) yg ditanam di antara pokok-pokok lain; bersela 1. mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang: maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi; 2. berseling dgn, bersambut dgn (bunyi dll), bertingkah dgn: bunyi katil berkeriutan, ~ keluhan yg panjang; bersela-sela berselang-seli, selang-menye­lang: pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yg rendang yg ~ dgn pohon kerambil; menyela 1. terletak di antara dua benda (rumah, kerusi, dll), tersisip, terselit; 2. me-letakkan sesuatu di antara dua benda, menyelit-kan, menyisipkan: gerak irama yg teratur rapi itu kadang-kadang disela oleh beberapa baris syair; 3. mencelah atau menyampuk (per-cakapan orang): ia men­diamkan dirinya juga tidak sepatah pun ia ~ perkataan ibunya itu; sela-menyela saling menyela (mencelah), berselang-seli; menyelakan meletakkan di celah-celah (di antara dua benda, disela), menyelitkan, menyi-sipkan; selaan sesuatu yg menyela (diselakan).Kamus Dewan Edisi Keempat
bersela1. mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang: maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi; 2. berseling dgn, bersambut dgn (bunyi dll), bertingkah dgn: bunyi katil berkeriutan, ~ keluhan yg panjang;Kamus Dewan Edisi Keempat
antara1 jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2 di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3 masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4 di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai ijazah tetapi masih menganggur. berantara 1 ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2 tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1 memisahkan dua benda dsb: Banjaran Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2 menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan 1 hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. 2 cara atau jalan yg menjadi penghubung supaya sesuatu dpt dilaksanakan: Ceramah itu disampaikan melalui ~ televisyen. Hadiah hari jadi kawannya dikirim melalui ~ seorang sahabat. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
antara1. jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2. di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3. masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4. di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia tetapi masih menganggur. berantara 1. ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2. tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1. memisahkan dua benda dsb: Banjaran gunung Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2. menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah.Kamus Pelajar

Kembali ke atas