Kurik Kundi Merah Saga | Petir guruh berselang-selang, Kilat menyambar si dahan jati; Cantik sungguh tuan dipandang, Tidak tertahan asyik di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jolok nangka di kampung hilir, Berselang kain ke pasar lama; Jangan disangka pada yang lahir, Namun batin tak pernah sama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok senduduk di tanah seberang, Berselang rapat si pokok jati; Punca hidup terus membujang, Kalau tak dapat bagai di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Embun menitis ke pohon mawar, Mawar biru berselang putih; Racun sudah jadi penawar, Hati yang rindu terpaut kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok rambutan tepi kolam, Buah dipetik hari-hari; Intan manikam berselang nilam, Cahaya melimpah dalam negeri. |