Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.la.put] | برسلاڤوت

Definisi : ada selaput, bersalut dgn kulit tipis, berlapis (bersalut) dgn sesuatu: muka-nya kotor ~ habuk; mata ~ mata yg disalut oleh selaput putih (kerana berpenyakit), mata bular; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.la.put] | برسلاڤوت

Definisi : bersalut kulit tipis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah berselaput digunakan dalam conteks berikut: dia menanggalkan kasut yang berselaput dengan lumpur. atau yang berlumuran lumpur lebih sesuai? terima kasih.Kedua-duanya betul.Tatabahasa26.05.2010
Salam, apakah istilah bahasa melayu untuk beaver jika otter ialah memerang? terima kasih.Dalam pangkalan data Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP, perkataan otter memang merujuk memerang manakala perkataan beaver dengan istilah sumbernya iaitu Castor Canadensis bermaksud Roden semiakuatik genus Castor bertubuh besar yang berselaput di antara jari kaki belakang dan ekor leper yang lebar untuk membina benteng dan sarang dalam air.Lain-lain02.08.2017

Kembali ke atas