Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.ma.ngat] | برسماڠت

Definisi : 1. ada semangatnya (roh yg menjiwainya dll), mempunyai semangat: ham-pir ia tidak ~ lagi kerana terpandang akan kejadian yg ngeri itu; 2. berjiwa keras: suara mereka menjadi semakin garang dan ~; 3. berkemahuan (utk melakukan sesuatu), bernafsu, bergiat: mereka bersorak gembira mendengar ucapan drpd guru silat mereka yg telah tua tetapi masih ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
semangat (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: nyawa tubuh halus, batin, rohani,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan perasaan hati: jiwa, gerak, sentimen, kata hati, emosi, desak hati, cita, sukma, firasat,

3. Bersinonim dengan maksud: tujuan, niat, erti, tafsiran, makna, inti pati, inti sari,

4. Bersinonim dengan kemahuan: semangat waja, nafsu, keinginan, selera, keghairahan, idaman, hajat,

Kata Terbitan : bersemangat, menyemangati,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REVIVALISME

Revivalisme merupakan pendekatan terhadap

agama yang menekankan pengalaman keagamaan

seseorang dan bukan doktrin. Ia sering kali

dikaitkan dengan ceramah yang bersemangat dan

penuh emosi.

UMUM 
MAHY, MARGARET

Mahy, Margaret (1936– ), pengarang buku

kanak-kanak kelahiran New Zealand yang terkenal

di seluruh dunia kerana kebolehannya bercerita.

Karyanya bersemangat dan jelas, dan menarik

imaginasi kanak-kanak.

UMUM 
THACKERAY, WILLIAM MAKEPEACE

Thackeray, William Makepeace (1811–1863),

salah seorang penulis novel agung Inggeris Zaman

Victoria . Novelnya Vanity Fair merupakan salah

sebuah novel yang terbaik dalam kesusasteraan

Inggeris. Thackeray menulis dengan gaya yang

menarik dan bersemangat, kosa kata yang mudah

dan struktur ayat yang jelas. Ciri-ciri ini,

digabungkan dengan pandangan hidupnya yang

jujur, memberikannya kedudukan yang penting

dalam sejarah kesusasteraan realistik.

UMUM 
TENNESSEE

Tennessee ialah negeri di selatan Amerika Syarikat.

Nashville , ibu negerinya, merupakan pusat muzik

country yang paling terkemuka (lihat Muzik Country ).

Peneroka-peneroka Amerika menyeberangi

gunung-ganang di Tennessee untuk bermastautin di

kawasan gersang. Mereka terkenal sebagai golongan

yang bersemangat tinggi dan berani, mereka

menubuhkan kerajaan mereka sendiri di kawasan ini,

sebelum wujudnya kerajaan lain yang merdeka di

Amerika Utara. Kemudian, semasa Perang Saudara

Amerika (1861–1865), banyak pertempuran berlaku di

Tennessee .

UMUM 
SACHS, NELLY

Sachs, Nelly (1891–1970) ialah penyair dan

dramatis wanita Yahudi yang dilahirkan di Jerman.

Dia berkongsi Hadiah Nobel tahun 1966 dalam

bidang kesusasteraan bersama-sama penulis Israel,

Shmuel Yosef Agnon. Para hakim memberikan

penghormatan kepada Sach atas ‘penulisannya

yang penuh bersemangat dan meyakinkan dalam

menggambarkan nasib Israel dengan amat

mengharukan’. Kebanyakan puisinya membicarakan

penindasan dan kesengsaraan yang dialami oleh

orang Yahudi selama beratus-ratus tahun.

UMUM 
MALIBRAN, MARIA FELICITAMalibran, Maria Felicita (1808–1836) ialah

penyanyi opera Sepanyol yang terkenal. Dia

dikenali kerana suaranya yang lantang dan fleksibel

serta kepelbagaian vokalnya. Dia ialah penyanyi

kontralto tetapi dia boleh juga membawakan lagu

soprano dalam nada yang tinggi. Nyanyiannya yang

penuh bersemangat menjadikan persembahannya

menarik dan menyebabkan dia terkenal di

peringkat antarabangsa.

    

UMUM 
BRATBY, JOHN RANDALL

Bratby, John Randall (1928–1992) ialah pelukis

British yang terkenal dengan gambar yang penuh

bersemangat tentang pemandangan tempatan.

UMUM 
ABU AL-ALIYAH RUFAY

Abu al-Aliyah Rufay (? –93 H./? –711 M.), imam

yang hebat bacaan al-Qur'annya (qari), hafiz dan

ahli tafsir yang ternama. Nama penuhnya ialah

Abu al-Aliyah Rufay ibn Mahran al-Riyahiy al-

Basriy. Sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW,

usianya masih muda dan dia memeluk Islam pada

zaman Abu Bakar al-Siddiq dan mula tekun

mempelajari Islam. Dia sering mendengar

pengajaran daripada Umar, Ali, Ibn Mas’ud,

Aisyah dan para sahabat besar yang lain. Dia hafaz

al-Qur'an dan membacanya di hadapan Ubay ibn

Ka’b. Dia amat bersemangat menyebarkan ilmunya

lantaran suaranya yang lunak. Ramai yang telah

belajar qira’at dengannya.  Antara mereka ialah

Su’ayb ibn al-Habhab, dan Abu ‘Amru ibn al-’Aka’.

Dia mempunyai ilmu pengetahuan

yang luas dan mengamalkan sunnah. Dia terkenal

dengan sifatnya yang zuhud, warak dan

mengelakkan diri daripada fitnah.

UMUM 

Kembali ke atas