Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.ma.ngat] | برسماڠت

Definisi : 1. ada semangatnya (roh yg menjiwainya dll), mempunyai semangat: ham-pir ia tidak ~ lagi kerana terpandang akan kejadian yg ngeri itu; 2. berjiwa keras: suara mereka menjadi semakin garang dan ~; 3. berkemahuan (utk melakukan sesuatu), bernafsu, bergiat: mereka bersorak gembira mendengar ucapan drpd guru silat mereka yg telah tua tetapi masih ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
semangat (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: nyawa tubuh halus, batin, rohani,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan perasaan hati: jiwa, gerak, sentimen, kata hati, emosi, desak hati, cita, sukma, firasat,

3. Bersinonim dengan maksud: tujuan, niat, erti, tafsiran, makna, inti pati, inti sari,

4. Bersinonim dengan kemahuan: semangat waja, nafsu, keinginan, selera, keghairahan, idaman, hajat,

Kata Terbitan : bersemangat, menyemangati,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nationalisticbersemangat kebangsaanSejarahTiadaTiada
con animabersemangatKesenianTiadaPersembahan yang bertenaga.
brio (It)bersemangatKesenianTiadaPenghasilan not dengan penuh perasaan.
behertz (G)bersemangatKesenianTiadaPersembahan yang penuh ekspresi.
enthusiastic studentpelajar bersemangatPendidikanTiadaTiada
martial musiclagu perangKesenianTiadaLagu bersemangat keperwiraan.
energicoenergicoMuzikTiada

Gaya yang bersemangat dan bertenaga. Energico biasanya dalam tempo muzik yang rancak dan pantas. Contohnya, con energia yng bermaksud dengan tenaga. 

spiritosospiritosoMuzikTiada

Gaya persembahan yang bersemangat dan biasanya dalam tempo yang rancak.

depressionkemurunganPerubatanTiadaPerasaan sedih yang keterlaluan, tidak bersemangat dan letih lesu yang dialami oleh pesakit.
depressionkemurunganGerontologiTiadaPerasaan sedih yang keterlaluan, tidak bersemangat dan letih lesu yang dialami oleh seseorang.
123

Kembali ke atas