Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.ma.yam] | برسمايم

Definisi : bd 1. duduk (di atas takhta, singgahsana): pd ketika itu, baginda kedua-dua laki isteri ada hadir ~ di atas peterana yg keemasan; 2. tinggal, berke-diaman di: maka akhirnya istana itu terbakar, kemudian berpindah pula baginda itu ke Riau, ~ di Riau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.ma.yam] | برسمايم

Definisi : 1 duduk di atas takhta atau singgahsana (bkn raja): Baginda pun ~ di atas singgahsana dihadap oleh segala menteri. 2 duduk atau tinggal di (bkn raja-raja); berkediaman di: Baginda kemudian telah ~ di Riau pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semayam
Kata Terbitan : bersemayam, persemayaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sultan Selangor bersemayam di atas takhta dalam majlis ( pertabalan, penabalan ) baginda baru-baru ini. Boleh berikan sebabnya. Terima kasih.

Encik Ming Hui,

Saya kurang jelas soalan yang ingin ditanyakan, namun mengikut fahaman saya mungkin Encik mahu tahu makna bersemayam. Bersemayam maksudnya duduk di tempat yang dikhaskan. Perkataan ini tergolong dalam bahasa Istana.

Makna06.07.2010
Sultan Selangor bersemayam di atas takhta dalam majlis ( pertabalan, penabalan ) baginda baru-baru ini. (Soalan saya ialah penggunaan perkataan pertabalan/penabalan. Manakah satu betul?Tolong berikan penjelasannya.)

Saudara,

Perkataan pertabalan bermaksud perbuatan atau hal bertabal. Perkataan penabalan ialah perbuatan menabalkan.Oleh itu pemilihan perkataan ini bergantung pada masud yang hendak disampaikan, sama ada hal bertabal atau perbuatan menabalkan.

Tatabahasa07.07.2010
-bersemayam

Saudara Shahiraiera,

tidak ada soalan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, makna bersemayam ialah i. duduk(di atas takhta, singgahsana) ii. tinggal

 

Lain-lain29.04.2010
1)bersemayam di atas mahligai(ada salah?)2)Ibu bapa bertanggungjawab dalam usaha (memupuk/pemupukan)nilai-nilai murni dalam diri anak3)Proses percubaan tanah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk kelancaran projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.)1. Mahligai ialah istana yang menjadi tempat tinggal dan bukannya tempat bersemayam.
2. Ibu bapa bertanggungjawab dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak.
3. Percubaan tanah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk kelancaran projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut.
Tatabahasa13.09.2012
1)Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun.(Betulkah perkataan "pengalaman"digunakan dalam ayat ini?)2)Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.3)Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula,baginda bersemayam di atas mahligai sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 tahun.(Tolong betuklan ayat (2) dan (3) jika ada salah.Terima kasih.)1. Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun. Penggunaan perkataan pengalaman dalam ayat tersebut betul.
2. Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.
3. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat  sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 bermula, baginda bersemayam di atas mahligai.
Tatabahasa11.09.2012
1) Apakah perbezaan antara berangkat dengan bercemar duli? 2) Apakah perbezaan antara takhta dengan singgahsana? 3) Bolehkah kata ganti nama diri ketiga "baginda" digunakan utk merujuk kepada Perdana Menteri ? 4) Apakah penggunaan bagi perkataan "tuan hamba"? Terima Kasih !

1) Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “berangkat” bermaksud mula berjalan atau bertolak manakala “bercemar duli” bermaksud mengotorkan kaki (sudi mengunjungi sesuatu tempat dan digunakan untuk raja-raja sahaja).

2) Takhta dan singgahsana membawa maksud yang sama, iaitu tempat raja bersemayam.

3) Kata ganti nama diri ketiga “baginda” hanya digunakan untuk raja sahaja.

4) “Tuan hamba” merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama. Tuan hamba yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai “tuan hamba” dan orang yang berbicara dikenali sebagai “hamba”.

Lain-lain22.01.2022

Kembali ke atas