Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sembahyang (kata nama)
1. Dalam konteks Islam
bersinonim dengan solat, tiang agama,

2. Dalam konteks bukan Islam
bersinonim dengan puja, permintaan,

Kata Terbitan : bersembahyang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. (1) Apakah maksud "sedekap"? (2) Manakah ejaan yang betul: "qiam" atau "qiyam"? Dan apakah maksudnya? Terima kasih. Sumber: http://al-fikrah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=149&Itemid=161Untuk makluman saudara, perkataan qiyam/qiam dan sedekap tiada dalam data PRPRM. 

Dalam data kami, hanya terdapat perkataan qiamullail yang bermaksud berjaga pada waktu malam untuk beribadat seperti bersembahyang sunat, berzikir, berdoa.
Ejaan21.04.2013
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih.1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan.
2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja.
3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa.
4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun.
5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur.
6. Permukaan dinding itu mula terkopak.
7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing.
Tatabahasa29.01.2013
Saya ingin mencari makna yang tepat 3 perkataan berikut... 1. Ilmu 2. Iman 3. AmalMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, ilmu bermaksud 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; Manakala iman bermaksud Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; dan amal bermaksud 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai;Makna18.10.2010

Kembali ke atas