Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersenang;

Peribahasa

Sedap dulu,
     pahit kemudian.

Bermaksud :

Bersenang-senang dulu, dan akhirnya mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian

Soalan saudari tidak jelas. Peribahasa yang ada 'Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

Lain-lain08.10.2009
bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

Soalan saudara tidak jelas. Peribahasa yang ada “Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian” yang bermaksud untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu.

Sastera08.06.2023
Assalamualaikum. Mohon pencerahan untuk peribahasa bentuk pepatah, iaitu berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian atau berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Bentuk yang manakah lebih tepat penggunaannya. Terima kasihPenggunaan yang tepat:
 
Berakit-rakit ke hulu, 
     berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dulu, 
     bersenang-senang kemudian.
Lain-lain05.04.2017
Bolehkah pihak Tuan cadangkan peribahasa yang sesuai dengan maksud merujuk kepada suatu situasi di mana keindahan dalam kehidupan sesebuah keluarga itu datang selepas menempuh cabaran atau dugaan membesarkan anak yang mengalami masalah kesihatan. Peribahasa bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kurang sesuai sebab ia bukan situasi susah ke senang. Sebaliknya lebih kepad kepayahan membesarkan anak yang sakit dan satu masa anak itu menunjukkan satu sinar yang membanggakan. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan pihak Tuan.
Cadangan peribahasa yang sesuai ialah "Seperti pohon bambu (= buluh) ditiup angin" yang bermaksud Sanggup menderita kesusahan dengan sabar, dan apabila kesusahan telah berlalu, menegakkan kepalanya semula.

Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari https://prpm.dbp.gov.my/ dan masukkan kata kunci yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". 


Lain-lain31.05.2021
bagaimana beza meniduri dan menidurkan ? perkataan sarana. bm atau bahasa lain, apakah maksud sebenar? tk.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menidurkan ialah membuat supaya tidur, mem­baringkan supaya tidur: sesudah menidurkan anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang menga­rah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita menidurkan kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;.
Manakala meniduri ialah 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yang di kejauhan sana, nampak gadis meniduri pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;.

Sarana ialah (segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat  untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu: bahasa Melayu hendaklah dibina agar dapat berfungsi sebagai sarana yang benar-benar dapat menyampaikan ilmu secara berkesan; karya-karya sastera ialah wadah atau sarana untuk menyatakan dunia masyarakat dan zamannya.
Tatabahasa23.02.2013
Selamat tengah hari. ayat yang manakah di bawah ini betul? Atau salah kedua-duanya? 1. Mereka sering menunggang di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. 2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.Soalan saudara tidak jelas. Peribahasa yang ada "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian" bermaksud: Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu.
Tatabahasa04.06.2023
Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian

Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 

1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi)

2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu

3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang

Makna15.05.2011
1.PERLANGGARAN ATAU PELANGGARAN 2.APAKAH PERBEZAAN MENIDURKAN DAN MENIDURI 3.BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN DISEBABKAN OLEH DAN OLEH KERANA

Puan Norfaharin,

Sekira puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan mengetahui perbezaan perkataan pelanggaran, pelanggaran, menidurkan dan meniduri.  Bersama-sama ini disertakan pentakrifan kata-kata tersebut seperti yang berikut: 

  • perlanggaran

    perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang;
  • pelanggaran

    1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah.
  • meniduri

    1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;
  • menidurkan

    1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;
  • Penggunaan "oleh kerana" tidak tepat kerana kata 'oleh' merupakan kata sendi dan "kerana" juga merupakan kata sendi. Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukan 'oleh kerana'. Kata 'sebab' ialah kata nama.

    Tatabahasa18.03.2009

    Kembali ke atas