Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersenang;

Peribahasa

Sedap dulu,
     pahit kemudian.

Bermaksud :

Bersenang-senang dulu, dan akhirnya mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menari (= merentak) di ladang orang.Bersenang-senang memakai harta orang atau bersenang-senang di rumah orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedap dulu, pahit kemudian.Bersenang-senang dulu, dan akhirnya mendapat kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum menetas sudah dibilang.Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum beranak sudah ditimang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum beranak sudah ditimang.Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum menetas sudah dibilang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum beranak sudah berbesan.Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sambil menyeruduk (= menyuruk) galas lalu.Sambil bersenang-senang, tetapi tujuan tak dilupakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tertawa dalam perkabungan.Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian.Supaya mendapat kesenangan kelak, harus berani bersusah payah dahulu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jadi bapa kuda.Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti cicak makan kapur.Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang hati; gembira.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas