Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.seng.gat] | برسڠݢت

Definisi : mempunyai tanda-tanda yg me-nunjukkan tingkatan sukatan: kayu pembaris ialah sekeping kayu yg diberi ~ dgn unit-unit sesuatu ukuran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
senggat
Kata Terbitan : senggatan, bersenggat, menyenggat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKSTAN

Sekstan ialah alat optik yang mengukur jarak

sudut di antara dua titik, seperti di antara matahari

dengan garisan ufuk. Sekstan juga digunakan

untuk pengemudian dan kaji selidik. Alat ini

dinamakan menurut bentuknya iaitu lebih kurang

satu per enam daripada satu bulatan. Bingkai

sekstan menyokong satu lengkok (arka) yang

bersenggat, lengan indeks yang boleh digerakkan

yang mewakil radius bulatan itu, dua cermin dan

satu teleskop kecil.

UMUM 
KOMPAS

Kompas ialah sejenis peranti yang digunakan

untuk menentukan arah. Kompas yang paling

ringkas ialah kompas yang mempunyai jarum

bermagnet yang dipasang pada paksi dan dapat

bergerak bebas menunjukkan arah. Jarumnya akan

bergerak sejajar mengikut medan magnet bumi

dan menunjuk ke arah utara magnet. Di bawah

jarum ini terdapat kad kompas yang bersenggat

sekata dengan petunjuk arah dan darjah mata

angin.

UMUM 

Kembali ke atas