Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sen.ja.ta.kan] | برسنجاتاکن

Definisi : mempunyai atau mengguna­kan (sesuatu) sbg senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sen.ja.ta.kan] | برسنجاتاکن

Definisi : menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersenjatakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PITJANTJATJARA

Pitjantjatjara ialah penduduk Orang Asli

Australia . Sehingga kini, mereka masih hidup

berpindah-randah di kawasan barat daya Tasik

Amadeus, Wilayah Utara. Kawasan yang meliputi

Musgrave, Petermann dan banjaran Rawlinson ini

mempunyai sedikit punca air atau lembah yang

subur. Kaum Pitjantjatjara ini bersenjatakan panah

dan lembing tetapi tidak menggunakan

boomerang. Mereka ialah kaum yang mahir

mengumpulkan makanan dan berburu. Haiwan

buruan mereka termasuklah kanggaroo, ular dan

cicak. Mereka juga mengumpulkan biji-biji rumput

dan bahagian tumbuhan untuk makanan.

UMUM 
MAT SALLEH YUSOF

MAT SALLEH YUSOF (   ?  -  ?    ), pemimpin tempatan yang terlibat dalam gerakan tani menentang British.  Dia ialah Penghulu Kampung Pasir Nyior, Kuala Berang, Terengganu.  Dia terlibat dalam gerakan menentang peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British yang campur tangan dalam pentadbiran Terengganu.  Pada 22 April 1928, lebih kurang 400 orang yang bersenjatakan keris, lembing, tombak dan senapang berkumpul di halaman rumah Mat Salleh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas