Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sen.ja.ta.kan] | برسنجاتاکن

Definisi : mempunyai atau mengguna­kan (sesuatu) sbg senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sen.ja.ta.kan] | برسنجاتاکن

Definisi : menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersenjatakan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersenjatakanmenggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersenjatakanmempunyai atau mengguna­kan (sesuatu) sbg senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersenjatakanmenggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang.Kamus Pelajar
bertombakmenggunakan atau membawa tombak sbg senjata, bersenjatakan tombak: Panglima segera memekik agar pasukan yg ~ menuju ke hadapan menghalang musuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
pertikaman1. pergaduhan dgn tikam-menikam; 2. sl orang yg bersenjatakan tombak: ada pun orang ~ku yg empat ribu, ku­suruh­kan mengamuk di dlm negeri Melaka;Kamus Dewan Edisi Keempat
senjatabersenjata memakai senjata; lengkap dgn senjata: pasukan ~ tentera; askar. bersenjatakan menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~Kamus Pelajar
tombak Isj senjata spt lembing yg bermata dan bergagang panjang; jenis-jenisnya: ~ benderang (menderang), ~ rambu, ~ sagang, ~ serampang, dll; bertombak menggunakan atau membawa tombak sbg senjata, bersenjatakan tombak: Panglima segera memekik agar pasukan yg ~ menuju ke hadapan menghalang musuh; bertombak-tombakan saling bertikam dgn tombak: maka Tun Tuah pun menyembah raja lalu mengambil tombak, berjalan turun berhadapan dgn Pateh Karma Wijaya ~, terlalu ramainya; menombak, menombaki sl merodok dgn tombak: maka mereka pun datang lalu ~ Hang Jebat; mereka duduk di balai larangan ditombaki orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
senjataalat (spt keris, lembing, senapang) yg digunakan ketika ber­kelahi atau berperang. ~ api senjata yg menggunakan peluru yg dpt meletup atau meledak (spt senapang, meriam). ~ berat senjata api yg berat-berat, spt meriam. ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memudaratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. ~ gelap senjata api yg digunakan secara haram. ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia, mis gas beracun (bahan tsb bukan bahan ledakan). ~ konvensional senjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb. ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear. ~ ringan senjata api yg kecil-kecil, spt pistol. ~ tajam senjata yg tajam-tajam, spt pedang. bersenjata memakai senjata; lengkap dgn senjata: pasukan ~ tentera; askar. bersenjatakan menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang. mempersenjatai mem­beri bersenjata; melengkapi dgn senjata: Sebuah negara asing di­percayai ~ kumpulan pemberontak itu. persenjataan 1 perihal bersenjata. 2 segala alat atau perlengkapan senjata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tikam Iperbuatan menusuk dgn benda tajam (spt pisau, keris, dll); ~ membunuh tusukan yg membunuh; ~ sela-dang Kl sj permainan kanak-kanak; luka ~ luka kerana tusukan dgn senjata dll; bertikam, bertikam-tikaman, bertikaman, tikam-menikam saling menusuk dgn senjata (spt pisau dll): maka orang mengamuk itu pun datang, lalu ~ dgn Raden Kelang; mereka menaiki perahu lanun itu dan bertikam-tikaman dgn hebat; ~ lidah berdebat, berbahas, ber-bantah, bertengkar; bertikamkan sl 1. menikamkan: maka kede-lapan hulubalang itu bertetakan pedang dan ~ tombak; 2. bertikam utk: kurang ia berlawankan yg dipertuan lebih ia ~ anak isterinya; menikam 1. menusuk (dgn pisau dll), men-cucuk atau melukai (dgn senjata tajam): ada orang yg telah mati ditikamnya; 2. seolah-olah masuk ke dlm tubuh dll, mener­bitkan (mendatangkan) sesuatu kesan yg terasa benar: angin malam kian ~ ke tulang sumsum; hentakan kaki bergema ~ gegen­dang telinganya; 3. ki menyakiti, melukai, menyinggung; ~ jantung (hati, perasaan) ki menyakiti perasaan (fikiran); menikami banyak kali menikam: aku bertikam dgn engkau, kelak orang lain datang ~ aku; menikamkan menusukkan (pisau dll), mem-benamkan senjata (ke dlm tubuh dll); tertikam ditikam, telah ditikam, ditikam dgn tidak sengaja; tikaman hasil menikam (dgn pisau dll), tikam, tusukan: dgn pantas panglima Hitam melompat mengelakkan ~ itu; pertikaman 1. pergaduhan dgn tikam-me-nikam; 2. sl orang yg bersenjatakan tombak: ada pun orang ~ku yg empat ribu, ku­suruh­kan mengamuk di dlm negeri Melaka; penikaman perbuatan menikam; penikam 1. orang yg menikam; 2. sesuatu (senjata) utk menikam.Kamus Dewan Edisi Keempat
senjata1. alat yg digunakan utk berperang atau berkelahi (keris, lembing, senapang, dll): keris Majapahit dikatakan tidaklah diguna-kan sbg ~ tetapi hanya disimpan sbg azimat; alat ~ berbagai-bagai senjata; meletakkan ~ berhenti berperang; mengangkat ~ mulai berperang; 2. ki sesuatu (surat, kejadian, dll) yg digunakan utk mencapai sesuatu maksud: ~ yg besar yg digunakan oleh mereka utk memancing undi ialah dgn menimbulkan persoalan hidup petani; 3. tanda bunyi atau baris pd tulisan Arab (fathah, kasrah, dll); ~ api senjata yg menggunakan ubat peledak (spt senapang, meriam, bom, dll); ~ berat senjata api yg besar-besar (spt meriam dll); ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memu-daratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan; ~ gelap senjata api yg digunakan (disimpan) tanpa kebenaran pihak berkuasa; ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia yg bukan bahan ledakan (mis gas beracun dll); ~ konvensional senjata api yg tidak melibat-kan penggunaan bahan nuklear (kimia dsb); ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear; ~ ringan senjata api yg kecil-kecil (pistol dll); ~ tajam senjata yg tajam (keris, lembing, dll); ~ makan tuan prb senjata yg dipakai utk mengenai orang lain tetapi mengenai diri sendiri; bersenjata memakai (berlengkap dgn) sen-jata: maka bertemu dlm kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut berkanjar-kanjar; angkatan ~ tentera, askar; bersenjatakan mempunyai atau mengguna­kan (sesuatu) sbg senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang; mempersenjatai melengkapi dgn senjata: Malaysia akan ~ kira-kira 40 000 orang ahli Pasukan Pertahanan Tempatan;Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas