Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sentuh
Kata Terbitan : bersentuh, bersentuhan, menyentuh, tersentuh, sentuhan, kesentuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gas electrodeelektrod gasKimiaKimia AnalisisElektrod yang terdiri daripada gas yang bersentuhan dengan larutan yang mengandungi ion gas tersebut dan biasanya dalam kehadiran logam lengai seperti platinum. Contohnya gas hidrogen yang bersentuhan dengan larutan yang mengandungi ion H+ di permukaan logam platinum.
current electrodelektrod arusGeologiTiadaLogam yang bersentuhan dengan bumi yang digunakan untuk memudahkan aliran arus melalui bumi.
bucket tappettapet timbaKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen pengangkat injap berbentuk silinder lompong yang digunakan pada sebilangan enjin jenis aci sesondol kepala atas. Tapet timba berupa timba yang telungkup. Bahagian bawah timba mempunyai permukaan yang rata dan bersentuhan dengan cuping sesondol manakala bahagian dalamnya bersentuhan dengan pegas dan batang injap.
disclusiondisklusiPerubatanTiadaPemisahan permukaan oklusi gigi daripada bersentuhan dengan membuka mulut atau pergerakan mandibel ke depan.
edge waterair pinggirKejuruteraanTiadaAir formasi yang bersentuhan dengan minyak di pinggir formasi.
functional cuspkuspa fungsiPergigianTiadaKuspa gigi yang bersentuhan dengan gigi setentang apabila rahang bergerak ke sisi. Kuspa fungsi bagi gigi rahang atas ialah kuspa sebelah palatal manakala gigi rahang bawah ialah di bahagian bukal. Dalam restorasi korona atau jambatan, pengurangan kuspa fungsi adalah sekurang-kurangnya 0.5 mm lebih daripada kuspa tidak berfungsi. Keadaan ini memberi ruang yang secukupnya untuk menahan daya gigitan.
cam followerpengikut sesongolMekanikGunaanUnsur mesin yang bersentuhan dengan sesondol dan gerakannya bersandar pada susuk sesondol berkenaan. Pengikut sesondol mempunyai beberapa bentuk, misalnya pengikut mata pisau, pengikut muka datar, pengikut guling dan pengikut muka sfera. Gerakan pengikut sesondol dicirikan oleh gerakan sorong tarik (gerakan salingan) [Rajah P6a] atau gerakan putaran [Rajah 6b]. Pengikut sorong tarik ada dua jenis, iaitu ofset dan jejarian. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 148
occlusal restrest oklusiPerubatanTiadaBahagian dentur separa yang bersentuhan dengan permukaan oklusi gigi asal, yang memberi topangan vertikal kepada dentur. Sinonim: hentian oklusi.
incisal restrest insisalPerubatanTiadaPeluasan dentur separa yang bersentuhan dengan gigi anterior di pinggir insisor. Memberi sokongan vertikal untuk dentur.
desuperheatnyahpanas lampauKejuruteraanTiadaMembawa stim terpanas lampau supaya bersentuhan dengan semburan air untuk mendapatkan stim terpanas lampau yang tepu atau stim terpanas lampau yang kurang sedikit kepanaslampauannya.
12345678910...

Kembali ke atas