Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.pa.du] | برسڤادو

Definisi : berkaitan erat (tidak terpisah-­pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SISTEM PERLESENAN BERSEPADU atau SISTEM PELESENAN BERSEPADU mana yang betul untuk dijadikan tajuk system?Nama sistem yang betul ialah SISTEM PELESENAN BERSEPADU. Tatabahasa08.12.2014
Di pagar masuk ke syarikat saya ada diletakkan kenyataan sebegini "Spansion (Kuala Lumpur) Sdn Bhd, Mengilang Litar Bersepadu". Soalan saya adalah, adakah betul penggunaan ayat Mengilang Litar Bersepadu itu?

Kenyataan tersebut sepatutnya ditulis begini: Kilang Litar Bersepadu Spansion (Kuala Lumpur) Sdn. Bhd.

Tatabahasa25.11.2008
Definasi kaunter bersepaduSatu tempat khusus untuk melayani pertanyaan tetamu, atau tempat urus niaga dijalankan, atau tempat makanan disajikan kpd. pelanggan, atau tempat barang-barang dipamerkan, yang pelaksanaannya dikawal secara terpusat dan dikendalikan dengan sistematikMakna10.05.2005
Percubaan untuk Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu I-SPAA A Kementerian Pelajaran MalaysiaPercubaan untuk Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu I-SPAA A Kementerian Pelajaran Malaysia telah selesai.Lain-lain06.12.2012
Assalamualaikum Tuan, Pernyataan yang mana lebih tepat dan betul? 1. Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan OPS Bersepadu Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 ATAU 2. Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan OPS Bersepadu Peringkat Kebangsaan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 Harap dapat bantu saya. Sekian, terima kasih.Walaikumussalam...
Ayat yang betul ialah Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan OPS Bersepadu Bersempena dengan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan Tahun 2017.
Tatabahasa13.01.2017
Pertanyaan nama betul untuk PERSATUAN PERIKATAN PENGIKLANAN BERSEPADU NEGERI PAHANG

Berdasarkan carian kami melalui Internet, terdapat nama Persatuan Pengiklanan Negeri Pahang yang berstatus aktif, namun tidak menemukan nama Persatuan Perikatan Pengiklanan Bersepadu Negeri Pahang. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak yang berkaitan atau buat carian melalui laman sesawang yang mempunyai pangkalan data mengenai senarai nama persatuan yang berdaftar.

Lain-lain26.05.2022
"Sistem A, B dan C berteraskan teknologi X, Y dan ICT. Pengoperasian Sistem A, B dan C juga berteraskan satu pangkalan data bersepadu." Bagi mengelakkkan kekeliruan kerana kedua-duanya menggunakan perkataan "berteraskan", adakah sesuai jika diganti "bertunjangkan satu pangkalan data bersepadu" atau perkataan apakah yang lebih sesuai digunakan. Terima kasihBerteraskan sama maksudnya dengan berasaskan dan berdasarkan. Tuan boleh memilih salah satu perkataan tersebut bagi menggantikan perkataan berteraskan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa06.01.2014
1.imbangan 2.bersepadu 3.kesinambungan 4.turutan 5.litupan 6.orientasi kurikulum 7.humanisme 8.konstruksionisme 9.kognitifTiada soalan yang dikemukakan, namun jika saudara memerlukan makna bagi setiap perkataan tersebut sila rujuk kamus atau menggunakan carian di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain30.11.2011
Salam..Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, "Pendidikan Islam Tahun 4, Jilid 2", cetakan kelima, 2007, adalah dirujuk. Sila lihat mukasurat 1, Asas Ulum Syariah, tajuk Beriman Kepada Qada' dan Qadar, bahagian pengertian. Adakah pengertian tersebut tepat?Sebenarnya pengertian yang sedia ada di dalam buku tersebut adalah cadangan daripada pihak Kementerian Pelajaran sendiri (takrif Usuliyyin). Segala maklumat lanjut silalah berhubung terus dengan pihak Kementerian.Makna12.06.2010
Adakah terdapat perbezaan maksud di antara "stesen bas" dengan "terminal bas"? Contoh: Terminal Bas Putra (Kuala Lumpur), Stesen Bas Kota Bharu (Kelantan), Terminal Bas Bersepadu Selatan (Kuala Lumpur).

Terminal juga bermaksud stesen atau hentian. Walau bagaimanapun lazimnya stesen digunakan untuk hentian yang agak kecil seperti Stesen Bas Kuala Lipis, manakala terminal digunakan untuk hentian yang besar atau tempat transit untuk pelbagai jenis pengangkutan seperti Terminal Bersepadu Selatan.

Tatabahasa21.09.2012
1234

Kembali ke atas