Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.pa.du] | برسڤادو

Definisi : berkaitan erat (tidak terpisah-­pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANALISIS RANGKAIAN PAIP SISTEM PENGAGIHANRangkaian paip yang bersepadu dan berfungsi mengagihkan gas dari sumber bekalan kepada pengguna.KEJURUTERAANKonsep
PAKATAN WARSAW

Pakatan Warsaw ialah perjanjian yang

mengumpulkan negara-negara Eropah Timur di

bawah pemerintahan tentera yang bersepadu.

UMUM 
KLCC

KLCC ialah mercu tanda negara Malaysia. Ia

merupakan singkatan daripada Kuala Lumpur City

Centre atau Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. la

merupakan projek mega bersepadu meliputi

kawasan seluas 1.67 juta meter persegi terletak di

lokasi strategik di kawasan segi tiga emas

Kuala Lumpur. KLCC menempatkan Menara

Berkembar PETRONAS, Kompleks Membeli-belah

Suria KLCC, Menara Maxis, Menara ESSO, Hotel

Mandarin Oriental, Pusat pendinginan Daerah,

Taman awam dan Masjid Asy-syakirin. Menara

Berkembar PETRONAS ialah bangunan tertinggi

di dunia.

UMUM 
BIOSFERA

Biosfera ialah semua hidupan yang tinggal di bumi. Ia turut berfungsi secara bersepadu dengan sistem bumi utama yang lain.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep

Kembali ke atas