Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , bersepah-sepah 1. = tersepah berserak-serak (dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bertabur di merata-rata tempat; berselerak: Bangkai binatang ~ dan berbau busuk. 2 dpt diperoleh di merata-rata tempat kerana banyak; banyak sekali: Sekarang ini buah durian ~ di mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersepah

Puisi
 

Jambu muda dari Rawa,
     Gugur bersepah di kebun Pak Ali;
Tinggallah semua sanak-saudara,
     Saya pergi jangan dicari.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemas." atau " Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemaskan." Antara di atas , yang manakah berikut betul atau kedua- duanya boleh diterima?Jika salah, mengapakah jawapan tersebut salah?Ayat yang betul ialah " Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemaskan." Kemas ialah kata adjektif dan memerlukan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja.Tatabahasa22.01.2011
Salam, apakah kata ganda berentak yang sesuai dengan keadaan bilik yang bersepah (pakaian diletakkan di merata-rata)..adakah sesuai digunakan tunggang-langgang?ataupun ada kata ganda berentak lain yang lebih sesuai?terima kasih.Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan;.Daripada takrifan tersebut, perkataan tunggang-langgang kurang sesuai digunakan. 
 

Kata ganda yang sesuai digunakan ialah bersepah-sepah atau berserak-serak.
Tatabahasa02.12.2013
Ingin bertanya jawapan bagi ayat ini : Puan Nora mengikat plastik sampah itu....supaya sampahnya tidak bersepah. A erat-erat B rapat-rapat Ckuat- kuat D ketat-ketat . Adakah kuat-kuat atau ketat- ketatJawapan yang sesuai ialah C dan D.Tatabahasa03.11.2015
1)Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus. jawapan melayur/memasak/membakar/memanggang...jawapan yang manakah sesuai??? 2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang...(penggunaan kacau betul atau salah dalam ayat tersebut? 3))Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus.
melayur-  lebih sesuai

2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang.
bersepah/berselerak -lebih sesuai
Tatabahasa03.09.2012

Kembali ke atas