Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sé.ra/.sé.ra/] | برسيرق-سيرق

Definisi : , terserak, terserak-serak bertabur (tersebar dll) ke merata-rata tempat, tidak tersusun, bersepah: segala barang di dlm rumahnya ~; kartu bertaburan, wang ~-serak, rokok menyarap di lantai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berserak-serak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara bergelimpangan,bertempiaran,bertaburan,berselerak dan bertebaran.

Secara umumnya perkataan bergelimpangan, bertempiaran, bertaburan, berselerakan dan bertebaran mempunyai makna yang bersinonim iaitu keadaan yang tidak teratur, berselerak, menggeletak, bertaburan, keadaan tidak tentu haluan, bersebar, berserak-serak dan sebagainya.  Walau bagaimanapun setiap perkataan boleh membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat. Hal ini  bermaksud  tidak semua perkataan boleh ditukar ganti. Kesalahan memilih perkataan boleh menyebabkan ayat kedengaran janggal dan maksudnya tidak tepat.     

 

Makna20.05.2020
Salam, apakah kata ganda berentak yang sesuai dengan keadaan bilik yang bersepah (pakaian diletakkan di merata-rata)..adakah sesuai digunakan tunggang-langgang?ataupun ada kata ganda berentak lain yang lebih sesuai?terima kasih.Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan;.Daripada takrifan tersebut, perkataan tunggang-langgang kurang sesuai digunakan. 
 

Kata ganda yang sesuai digunakan ialah bersepah-sepah atau berserak-serak.
Tatabahasa02.12.2013

Kembali ke atas