Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
siap (kata kerja)
Bersinonim dengan selesai, habis, berakhir, tamat, sempurna, beres, usai, sudah jadi;,
Kata Terbitan : bersiap, bersiap-siap, menyiapkan, persiapan, penyiapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya tentang penggunaan betul nombor dalam ayat. 1) Contohnya, "Saya bersiap selama lima minit." atau "Saya bersiap selama 5 minit.". Yang manakah paling tepat? 2) "Dia beli lima buah buku." atau "Dia beli 5 buah buku."? 3) "Dia akan ambil awak pada pukul 7.00." atau "Dia akan ambil awak pada pukul 7:00."? 4) "20 ribu Yen" atau "20000 Yen"? 5) Saya juga agak keliru dengan nombor yang mempunyai banyak angka. Contohnya, perlukah saya meletakkan tanda baca koma (,) dalam nombor 8000 / 8,000, 80000 / 80,000 dan 800000 / 800,000. Atau mungkinkah selepas nombor puluh dan ratus, saya perlu jarakkan nombor? Contohnya 800 000 (tanpa perlu letakkan tanda koma). Saya harap soalan saya jelas dan saya juga amat mengharapkan jawapan tepat dari pihak tuan. Terima kasih.(1) Saya bersiap selama lima minit.  
(2) Dia beli lima buah buku. 
(3) Dia akan ambil awak pada pukul 7.00. 
(4) 20,000 Yen
(5) Sistem pernomboran antarabangsa meletakkan tanda koma selepas nilai ribu: 8,000, 80,000, 800,000 dan seterusnya. Bagi penulisan nombor dalam ayat, nombor satu hingga Sembilan dieja (lihat ayat 1 dan 2); manakala nombor 10 dan seterusnya ditulis angka seperti "Dia membeli 10 buah buku".
Tatabahasa07.12.2018
1.Pada esok pagi,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. 2.Pada pagi esok,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penggunaan 'esok pagi' atau 'pagi esok' dalam ayat-ayat di atas adalah betul?Frasa yang gramatis ialah "pagi esok" sama seperti hari esok. Walau bagaimanapun frasa "esok pagi" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam ungkapan lisan.Tatabahasa04.03.2015
MAKSUD BENCANA ALAM DAN SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJANBencana bermaksud 1. bahaya,kecelakaan. Bencana alam bermaksud bencana kerana air bah(gempa,angin ribut dll.).  Sediakan payung sebelum hujan bermaksud hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna20.08.2008
Selamat sejahtera, Setelah meneliti takrif kata tentang diftong dan vokal berganding saya faham tentang contoh yang diberi saudara tapi saya masih tidak pasti tentang beberapa perkataan. Adakah perkataan-2 ini betul? 1) vokal berganding = menaiki, kemudian, bersiap, buatan (bolehkah mana-2 huruf vokal bergabung?) 2) digraf = dengan, pengunjung, barangan Terima kasih.Vokal berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Contoh lain vokal berganding adalah seperti yang saudara berikan. Digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, kh dan sy, seperti dalam contoh yang saudara berikan.Tatabahasa10.08.2012
Saya ingin bertanya berkaitan beberapa perkataan yang ingin saya terjemahkan kepada bahasa Melayu dan ingin mendapatkan pendapat sama ada ia betul atau salah. 1) Dilated pupil- mata membeliak 2) Anxiety- gelisah 3) alert- keadaan berjaga-jaga atau tahu tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling 4) level of consciousness- tahap kesedaran 5) delirium- keracauan 6) fidgeteness- tak tahu duduk diam 7) withdrawal symtpoms- sakit gian dadah 8)attentive- dapat tumpukan perhatian 9)gone into hiding- dah larikan diri 10)mild anxiety- sedikit kegelisahan 11) slight resistance- tidak berapa setuju Sekian. Terima Kasih atas bantuan yang diberikan. Semoga Allah membalas jasa baik tuan/puan.Berikut merupakan terjemahan yang betul:

1) Dilated pupil: Pupil terdilat/terbeliak
2) Anxiety: Kebimbangan, kerisauan, kecemasan, kekhuatiran 
3) Alert: Memberitahu supaya bersiap-sedia, meyedarkan 
4) Level of consciousness: Tahap kesedaran
5) Delirium: Racauan, keadaan terlampau seronok 
6) Fidgeteness: Gelisah, resah
7) Withdrawal symtpoms: Simptom-simptom penarikan
8) Attentive: Memberikan perhatian penuh
9) Gone into hiding: Sudah pergi menyembunyikan diri
10)Mild anxiety: Kebimbangan, keresahan ringan
11)Slight resistance: Rintangan ringan, daya tahan lemah

Padanan kata yang diberikan bersifat umum. Padanan kata lebih tepat apabila diberikan konteks mengikut kesesuaian ayat.
Makna08.06.2018

Kembali ke atas