Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.siap.siap] | برسياڤ-سياڤ

Definisi : membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersedia­sedia: negeri Kuripan sedang ~ utk per­kahwinan tuan puteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.siap.siap] | برسياڤ-سياڤ

Definisi : berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, ber­waspada: setelah kelihatan itu, maka masing­-masing pun ~lah menghadapi perahu perom­pak itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
siap (kata kerja)
Bersinonim dengan selesai, habis, berakhir, tamat, sempurna, beres, usai, sudah jadi;,
Kata Terbitan : bersiap, bersiap-siap, menyiapkan, persiapan, penyiapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Pada esok pagi,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. 2.Pada pagi esok,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penggunaan 'esok pagi' atau 'pagi esok' dalam ayat-ayat di atas adalah betul?Frasa yang gramatis ialah "pagi esok" sama seperti hari esok. Walau bagaimanapun frasa "esok pagi" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam ungkapan lisan.Tatabahasa04.03.2015
Assalamualaikum. Saya cari perkataan bersiap-sedialah dalam PRPM tetapi tiada. Soalan saya ialah, kalau bersiap sedia tiada sempang (-), kenapa bersiap-sedialah ada sempang? Apakah ejaan yang tepat? bersiap-sedialah ATAU bersiapsedialah ATAU bersiap sedialah. Terima kasih atas perhatian pihak tuan.Ejaan yang betul ialah siap sedia, apabila menerima awalan (ber) menjadi bersiap sedia, manakala perkataan bersiap sedialah tetap dieja dua perkataan kerana 'lah' adalah kata penegas dan bukan apitan (seperti ber-...-kan).Ejaan04.05.2011
penggunaan Kata yang betul.. program kesiapsagaan menghadapi bencana. adakah perkataan kesiapsagaan boleh digunakan yang bermaksud bersiap sedia / persediaan tqCadangan penggunaan yang betul ialah program siap siaga menghadapi bencana.Makna siap siaga ialah siap sedia,iaitu sudah bersedia untuk(melalkukan sesuatu dll.).  Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1485.Tatabahasa01.06.2008
Apa maksud siap saga ? Adakah penggunaan istilah siap saga dan berkeboleh pasaran betul dalam ayat ini ? Justeru, saudara saudari perlu bersiap saga untuk membuktikan bahawa graduan keluaran IKN berkualiti, berinovatif, berdaya usahawan, berkeboleh pasaran dan berdaya saing.

Ayat yang betul ialah Oleh sebab itu,  saudara saudari perlu siap saga untuk membuktikan bahawa graduan keluaran IKN berkualiti, berinovatif, berdaya usahawan, berkebolehpasaran dan berdaya saing.

Istilah10.09.2014

Kembali ke atas