Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.si.fat] | برصيفت

Definisi : mempunyai sifat: seni ~ universal; manusia ~ lemah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.si.fat] | برصيفت

Definisi : mempunyai sifat; berperangai: Adiknya ~ pemalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sifat (kata nama)
1. Bersinonim dengan keadaan: rupa, tanda, ciri, bentuk, corak, peri, hal,

2. Bersinonim dengan pembawaan: perangai, watak, kelakuan, tabiat, fitrah, kebiasaan, resam, adat, laku, kelakuan, afal, khalikah, khuluk,

Kata Terbitan : bersifat, menyifatkan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
neutralneutral1. Perihal atom yang mempunyai bilangan cas positif yang sama dengan cas negatif. 2. Perihal tidak bersifat asid dan tidak bersifat alkali, iaitu pada pH 7.Menengah Rendah
kulatfungiKumpulan organisma yang tidak mempunyai klorofil, bersifat heterotrof dan mempunyai kitin pada dinding selnya. Kulat membiak melalui spora dan merupakan pengurai yang penting dalam ekosistem, sementara sesetengah yang lainnya bersifat parasit.Menengah Rendah
bakteriabacteriaMikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria bersifat unisel, mempunyai dinding sel dan boleh bersifat autotrof parasit atau saprofit terhadap tumbuhan dan haiwan.Menengah Atas
ion hidroksidahydroxide ionIon dengan formula OH- . Hidroksida logam biasanya bersifat bes, yang larut dalam air membentuk alkali, manakala hidroksida bukan logam bersifat asid.Menengah Atas
metaloidmetalloidUnsur kimia yang mempunyai sifat perantara, antara logam dengan bukan logam. Contohnya, boron, silikon, germanium, arsenik, dan telurium yang bersifat semikonduktor elektrik, dan oksida yang bersifat amfoterik.Menengah Atas
kelulisteelBahan yang bersifat keras dan kuat. Keluli mengandungi 99.5% besi dan 0.5% karbon. Keluli digunakan sebagai bahan binaan bangunan, jambatan, kenderaan dan mesin.Menengah Rendah
asidacidBahan yang bersifat mengakis, mempunyai nilai pH yang kurang daripada 7 dan menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah. Asid membentuk garam dan air apabila bertindak balas dengan alkali.Menengah Rendah
logammetalUnsur kimia yang bersifat keras, berkilat, padu, boleh ditempa dan merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik.Menengah Rendah
gas berasidacidic gasGas yang bersifat asid atau mempunyai ciri-ciri asid. Contohnya, karbon dioksida dan hidrogen sulfida.Menengah Rendah
gas berasidacidic gasGas yang bersifat asid atau mempunyai ciri-ciri asid.Menengah Atas
123

Kembali ke atas