Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.si.fat] | برصيفت

Definisi : mempunyai sifat: seni ~ universal; manusia ~ lemah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.si.fat] | برصيفت

Definisi : mempunyai sifat; berperangai: Adiknya ~ pemalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sifat (kata nama)
1. Bersinonim dengan keadaan: rupa, tanda, ciri, bentuk, corak, peri, hal,

2. Bersinonim dengan pembawaan: perangai, watak, kelakuan, tabiat, fitrah, kebiasaan, resam, adat, laku, kelakuan, afal, khalikah, khuluk,

Kata Terbitan : bersifat, menyifatkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cyclized rubbergetah terkitarKejuruteraanTiadaTerbitan getah bersifat termoplastik, tak bersifat getah , teguh atau keras, yang dibentuk oleh tindakan agen-agen tertentu pada getah, misalnya asid sulforid dan acid `chlorostannic'.
cyclized rubbergetah siklikKimiaTiadaTerbitan getah bersifat termoplastik, tak bersifat getah , teguh atau keras, yang dibentuk oleh tindakan agen-agen tertentu pada getah, misalnya asid sulforid dan acid `chlorostannic'.
mechanical requirementkeperluan mekanikalKomunikasiKorporatMesej iklan bercetak yang mengandungi penyataan yang bersifat teknikal. Sesuatu barangan bersifat teknikal diiklankan melalui media cetak perlu dijelaskan ciri teknikalnya bagi memudahkan kefahaman bakal pembeli. Maklumat teknikal tersebut boleh mengandungi ciri teknikal yang baru atau lama yang telah dipertingkatkan kecekapannya, ciri mesra pelanggan, unsur keselamatan atau panduan penggunaan yang membolehkan barangan mencapai jangka hayat yang panjang. Tujuan penjelasan maklumat yang bersifat teknikal ini adalah untuk meningkatkan keyakinan bakal pembeli terhadap mutu barangan. Mesej boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk rekaan perkataan atau imej visual, seperti secara pegun atau tiga dimensi.
neutralitykeneutralanPerubatanTiadaSesuatu berkenaan dengan keadaan yang tidak bersifat asid ataupun bersifat bes.
grinding aidbahan giat kisarKejuruteraanTiadaBahan tambah yang bersifat aktif permukaan atau bersifat pelincir, ditambah ke dalam kempa bebola atau kempa rod untuk mempercepat proses pengisaran bijih.
famous balladbalada popularKesusasteraanTiadaBentuk puisi naratif yang lahir dalam tradisi tulisan dan lebih bersifat realistik dan cenderung bersifat komedi. Bentuk balada ini lebih dominan dalam budaya kehidupan bandar. Bandar ini dikenali juga sebagai balada jalanan.
amino acidasid aminoKimiaTiadaAsid organik yang mengandungi kumpulan amino, -HN2, yang bersifat bes, dan kumpulan karboksil, -CCOH, yang bersifat asid. Oleh itu, asid amino bersifat amfoterik dan wujud di dalam larutan akueus sebagai zwiterion. Asid amino sangat penting bagi organisma hidup kerana asid ini (asid alfaamino) merupakan unit asas protein. Asid amino terdiri daripada asid amino perlu dan asid amino tak perlu.
neo-colonialismfaham kolonial baruSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman penjajahan baru yang tidak bersifat ketenteraan atau fizikal. Kelazimannya, kolonialisme lebih bersifat penjajahan secara militer lalu memerintah negara tersebut. Penjajahan bentuk baru pula tidak membawa kemasukkan tentera tetapi lebih bersifat penguasaan ekonomi, teknologi, epistemologi dan secara teknologi maklumat. Pada hakikatnya, negara tersebut kelihatan merdeka, tetapi dikuasai oleh negara lain tanpa disedari. Pendekatan pergantungan terhadap negara Amerika Latin pada dekad 1970-an dan 1980-an berlaku apabila Amerika Syarikat kuat mempengaruhi perkembangan ekonomi dan politik negara tersebut yang boleh ditafsir sebagai fahaman kolonial baru.
glass transition temperaturesuhu peralihan kacaKejuruteraanPolimerSuhu permulaan pertukaran fasa kekacaan kepada fasa kegetahan. Pada suhu yang melebihi suhu ini, polimer yang asalnya bersifat rapuh akan bersifat mulur.
pre-colonial societymasyarakat prakolonialSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat negara sedang membangun yang wujud sebelum kedatangan penjajah. Masyarakat ini bersifat agraria, tertutup dan tidak terdedah kepada unsur kapitalisme dan perindustrian. Budaya politik masyarakat ini bersifat feudal dengan pemerintahan negara dikuasai oleh institusi monarki. Ekononi masyarakat ini masih bersifat sara diri dan hubungan antara anggota masyarakat masih bersifat egalitarian. Struktur sosial masyarakat ini adalah ringkas, homogen dan belum wujud imigrasi yang ketara. Penghijrahan dalaman masih terbatas, tahap pendidikan dan teknologi dalam masyarakat ini juga masih rendah. Contohnya, masyarakat Melayu Melaka sebelum kedatangan Portugis.
12345678910...

Kembali ke atas