Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sih] | برسيه

Definisi : 1. tidak kotor: pakaiannya sentiasa ~; 2. bebas drpd pencemaran udara dll, tidak mengandungi unsur-unsur dsb yg boleh (dapat) merosakkan atau mengganggu kesihatan: menyedut udara ~ di kawasan pergunungan; meminum air yg ~; 3. ki jujur dan ikhlas, suci, murni: hati yg ~; 4. ki bebas drpd amalan yg tidak baik (spt rasuah, penyelewengan, dsb): mewujudkan sebuah kerajaan yg ~, cekap, dan amanah; 5. ki bebas drpd anasir yg tidak baik (spt pengaruh, tuduhan, dsb): ~ drpd pengaruh budaya kuning; ~ drpd tuduhan menerima rasuah; 6. (bkn pendapatan, keuntungan, dsb) yg tinggal setelah ditolak cukai (hutang, kerugian, dsb): keuntungan ~; membersihkan 1. menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak; 2. menjadikan bersih (drpd sifat-sifat keji, tidak baik), menyucikan: ~ diri drpd segala dosa; 3. ki menjadikan bersih (bebas drpd anasir yg tidak dikehendaki), membebaskan: ~ jabatan-jabatan kerajaan drpd amalan rasuah; ~ bandar itu drpd sarang kongsi gelap; 4. menghapuskan anggapan (tuduhan dll) yg tidak baik pd diri seseorang: ~ nama yg tercemar oleh fitnah;kebersihan 1. keadaan bersih (tidak kotor): menjaga ~ sekolah; 2. perihal bersih (udara, air): ~ udara yg menyihatkan badan; 3. perihal bersih (hati), kesucian, kemurnian: ~ hati nurani;pembersihan 1. perbuatan membersihkan: ~ kawasan yg dilanda banjir; 2. perbuatan membersihkan (drpd pencemaran udara dll): ~ udara; 3. perbuatan membersihkan (hati), penyucian: ~ jiwa dgn cara bertapa; 4. perbuatan (tindakan, gerakan, dsb) membersihkan (anasir yg tidak baik): gerakan ~ di kawasan-kawasan yg disyaki menjadi sarang komunis;pembersih 1. orang (alat) yg membersihkan sesuatu: ~ udara; 2. (orang yg sifatnya) suka dan sentiasa menjaga kebersihan: dia memang ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sih] | برسيه

Definisi : 1 tidak ada sebarang kotoran; tidak kotor: Kita hendaklah sentiasa memakai pakaian yg ~. 2 tidak ada cela sedikit pun; suci (hati dsb); murni: Orang tua itu, sungguhpun tampak pendiam, tetapi hatinya ~. 3 tidak dicemari sesuatu; tidak bercampur dgn benda-benda lain; tulen: Langit kelihatan ~ tidak berawan. 4 sesudah ditolak belanja dll: Ia menerima gaji ~ sebanyak lima ratus ringgit sebulan. membersihkan membasuh supaya bersih; mencuci (menyapu, mengemas dsb) supaya bersih: Pagi-pagi lagi ia sudah bangun dan terus ~ biliknya. kebersihan keadaan bersih: Tiap-tiap murid dikehendaki menjaga ~ tempat masing-masing. pembersihan perbuatan membersihkan: Abang saya bekerja di sebuah pusat ~ minyak. pembersih 1 orang yg membersihkan; pencuci: ~ jalan raya. 2 orang yg suka dan sentiasa menjaga kebersihan. 3 alat yg digunakan utk membersihkan sesuatu: Kain-kain yg kotor itu kemudian dimasukkan ke dlm mesin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersih

Peribahasa

Seperti gading dilarik.

Bermaksud :

Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pak Ali mencuci kandang supaya bersih/sehingga bersih. Terima kasih.Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan iaitu Pak Ali mencuci kandang supaya bersih dan Pak Ali mencuci kandang
sehingga bersih
Tatabahasa10.09.2021
Tuan, Ayat: Afiq seorang oendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah ?Bersih dikiskan juga kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanpun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci".Tatabahasa21.09.2011
Tuan, Ayat: Afiq seorang pendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah?

Bersih juga dikiaskan kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanapun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci".

Tatabahasa21.09.2011
Tuan, apakah maksud yang paling tepat bagi 'net selling price'? Adakah 'harga jualan bersih' atau 'harga bersih jualan'? Terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang betul untuk 'net selling price' ialah harga jualan bersih. Istilah27.02.2012
1. Ali mengelap tingkap dengan bersih. 2. Ali mengelap tingkap supaya bersih. Ayat manakah yang betul?Ayat yang betul ialah Ali mengelap tingkap supaya bersih.

Penambahan kata supaya merupakan kata  keterangan harapan, yang berfungsi menerangkan sesuatu perbuatan  yang dihajati atau diharapkan.
Tatabahasa17.03.2013
Adakah istilah-istilah "net carbon emission" dan "net deforestation" boleh diterjemahkan sebagai "pelepasan karbon bersih" dan "pembasmian hutan bersih"? atau adakah terdapat istilah spesifik dalam Bahasa Malaysia? Terima kasih.Terjemahan dan istilah "net carbon emission" dan "net deforestation" dalam bahasa Melayu tiada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terjemahan yang tuan/puan cadangkan boleh digunakan.Istilah12.10.2017
1. Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih. 2. Ali mencuci keretanya supaya keretanya kelihatan bersih. Ayat manakah yang gramatis?Ayat pertama (1) yang gramatis: Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih.Tatabahasa03.04.2015
1a. Ali membersihkan lantai menggunakan mop sehingga bersih pada waktu rehat. 1b. Ali membersihkan lantai menggunakan mop pada waktu rehat sehingga bersih. 1c. Ali membersihkan lantai sehingga bersih menggunakan mop pada waktu rehat. (atau ketiga-tiga ayat ini pun betul?) 2. Dalam buku teks BM SJKC KSSR Semakan Tahun 2, muka surat 82: Abang memasang kipas angin di dalam bilik.(Gambar menunjukkan abang memekan butang/suis kipas angin yang berdiri.) Apabila kita hendak menyebut "swith on" kipas, perkataan memasang atau membuka lebih sesuai? Atau kedua-dua perkataan ini pun boleh dipakai guna? Bukankah memasang merujuk kepada memasang peralatan di dalam bangunan yang baharu? Kalau tulis membuka kipas angin macam sedang membaiki kipas pula. Atau kita perlu tulis ayat sebegini: Abang menekan butang untuk membuka kipas angin? 3. menekan butang kipas/menekan suis kipas? 4a. Abang pergi ke sekolah.(Ayat yang tidak menyebut abang siapa ini lengkapkah?) Atau kita kena tulis: Abang Ali pergi ke sekolah. 4b. Cikgu mengajar subjek Matematik./ Cikgu Tan mengajar subjek matematik.(Perlu sebut nama cikgu? Nama subjek kata nama khas?)Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Ketiga-tiga ayat tersebut adalah betul. 2. Abang menghidupkan kipas di dalam bilik. 3. Abang menekan suis kipas. 4. (a) Abang pergi ke sekolah. Abang Ali pergi ke sekolah. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. (b) Cikgu mengajar subjek Matematik. Cikgu Tan mengajar subjek Matematik. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa30.07.2021
Salah satu rangkai kata yang agak pelik dari segi tatabahasa ialah "membersihkan sampah". Rangkai kata ini biasa digunakan, tetapi kalau lihat dari maksud yang diberikan oleh kamus, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih, dengan itu "membersihkan sampah" bermaksud "menjadikan sampah bersih". Kalaulah, rangkai kata ini dihukum sebagai salah, kecohlah seluruh masyarakat kerana sukar menerimanya. Dengan itu, bagaimana kita dapat menyampaikan maksud "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih"?membersihkan- merupakan kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek bagi menjelaskan maknanya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak;.
Membersihkan sampah- menjadikan sesuatu menjadi bersih dengan cara menyapu atau membasuh sampah tersebut.
sampah- boleh merujuk kepada kotoran, najis dan lain-lain. Rangkai kata tersebut tidak salah kerana sampah itu boleh dibersihkan.

Contoh:
membersihkan najis, membersihkan kotoran- iaitu menjadikan sesuatu itu bersih dengan mencuci atau membasuh najis / kotoran tersebut.


1. Ali membersihkan sampah itu.
2. Sampah itu dibersihkan oleh Ali.

Berkenaan "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih- boleh digunakan frasa ; membersihkan timbunan sampah/ rumah sampah. Ini menjelaskan perbuatan menjadikan sesuatu itu bersih dengan menyapu atau membasuh.
Tatabahasa08.09.2012
Soalan:manakah satukah jawapan yang paling tepat untuk ayat sama maksud di bawah; Pulau Pangkor sangat terkenal dengan keadaan pantainya yang cantik dan bersih a) Sangat terkenal Pulau Pangkor dengan keindahan pantainya yang cantik dan bersih. b)Keadaan pantai Pulau Pangkor yang cantik dan bersih menjadikannya terkenal.Ayat yang sama maksudnya ialah "Keadaan pantai Pulau Pangkor yang cantik dan bersih menjadikannya terkenal".Tatabahasa27.01.2015
123456789

Kembali ke atas