Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sim.pan] | برسيمڤن

Definisi : sl berkemas-kemas, bersiap sedia: maka saudagar pun ~lah hendak membawa saudaranya; pandai makan tak pandai ~ prb orang yg tidak pandai menaruh rahsia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersimpan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersimpansl berkemas-kemas, bersiap sedia: maka saudagar pun ~lah hendak membawa saudaranya; pandai makan tak pandai ~ prb orang yg tidak pandai menaruh rahsia;Kamus Dewan Edisi Keempat
simpan1. sl singkat (cerita, kisah, dll), ring­kas; mengambil ~ meringkaskan (cerita dll), menyingkatkan; 2. cadangan; hutan ~ hutan yg dipelihara sbg cadangan; tayar ~ tayar cadangan; bersimpan sl berkemas-kemas, bersiap sedia: maka saudagar pun ~lah hendak membawa saudaranya; pandai makan tak pandai ~ prb orang yg tidak pandai menaruh rahsia; menyimpan 1. menaruh di tempat yg se­lamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ se­banyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekal­kan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta me­nambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati ter­hadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mem­punyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; menyimpankan 1. menyimpan utk; 2. me­nyuruh simpan kpd; tersimpan 1. (sudah) disimpan, terkandung: kekayaan yg ~ dlm perbendaharaan bahasa; 2. sl terserah (terpulang) kpd: kami sekalian pun tiada akan dapat kami mengubat, ~ pelihara tuan kita; simpanan 1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg di­simpan; 2. sesuatu yg disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dll), cadangan; tentera ~ tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan; penyimpanan 1. perihal menyimpan; 2. tempat menyimpan (mengumpulkan); penyimpan orang dll yg menyimpan: akar ~ makanan dinamakan akar cepuk; ~ kira-kira orang yg memegang kira-kira (perniagaan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas