Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sim.puh] | برسيمڤوه

Definisi : = duduk ~ duduk bertelut, bertimpuh (spt perempuan duduk): dia duduk ~ di antara ibunya dgn Mak Sinah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sim.puh] | برسيمڤوه

Definisi : duduk dgn melipat kedua-dua kaki ke belakang; bertimpuh: duduk ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpuh
Kata Terbitan : bersimpuh,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Eid Mubarak Saya ingin bertanya sama ada perkataan "bersimpuh" boleh digunakan untuk tangan sebab saya pernah membaca di dalam karya tulisan dan juga contoh-contoh ucapan hari raya seperti "Izinkan tangan bersimpuh maaf..." Tetapi dlm kamus DBP, tidak ada contoh perkataan ini untuk tangan. Cuma kamus Bahasa Indonesia dan apabila menggunakan penterjemahan Google dari Malay ke English ia memberikan maksud bersimpuh sebagai "clenched together". Maksudnya meletak kedua tapak tangan bersama seperti menyembah atau seperti budaya orang Thai yang meletak tangan bersama di dada sebagai tanda salam. Mohon pencerahan sama ada ia boleh digunakan untuk tangan yg diletakkan bersama.
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, bersimpuh bermaksud duduk bertelut, bertimpuh (seperti perempuan duduk), iaitu duduk dengan melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang. Oleh itu, bersimpuh dalam bahasa Melayu hanya boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan seperti yang dinyatakan.
Istilah27.05.2020
selamat sejahtera soalan-soalan : 1. Wanita yang {duduk,bersimpuh}di barisan hadapan itu ialah ibu saya. 2. Rumah Pak Hamid telah { terbakar,dibakar}pada malam tadi. ribuan terima kasih .1. Wanita yang duduk di barisan hadapan itu ialah ibu saya.
2. Rumah Pak Hamid telah terbakar pada malam tadi.
Tatabahasa12.11.2012
Apakah padanan bahasa inggeris yang sesuai bagi menerjemah ayat/istilah ini: 1. Hantaran Kahwin 2. Mas Kahwin 3. Belanja Kahwin 5. Berbalas Hantaran 6. Wang Hantaran 7. Akad Nikah 8. Nafkah 9. Nafkah Zahir dan Batin 10.Duduk bersimpuh 11. Pernikahan Kali ke? 12. Isteri ke? tema istilah, perkahwinan dan pernikah sekian terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022

Kembali ke atas