Sedikit kerja, banyak berantun. | Orang pemalas lebih suka bersolek daripada bersusah payah. berantun = bersolek, berhias. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga layu kembang semula. | Orang tua yang bersolek seperti orang muda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga yang layu balik kembang. | Orang tua yang bersolek seperti orang muda. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga layu kembang semula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rumah buruk disapu cat. | Perempuan tua yang suka bersolek. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angkuh terbawa, tampan tertinggal. | Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (Ejekan kepada orang yang suka bersolek). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |