Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mempunyai atau me­nunjukkan sopan santun, berkelakuan sopan: orangnya kecil molek dan ~; sejak kecil lagi, anak-anak harus diajar ~ dan berdisplin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berkelakuan atau berlaku sopan santun: Budaya kita terkenal dgn budaya ketimuran yg lemah lembut lagi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tactful tonenada diplomasiPentadbiran PerniagaanTiadaNada suara yang bersopan santun.
tactless tonenada tak berdiplomasiPentadbiran PerniagaanTiadaNada suara yang kasar dan tidak bersopan santun.
decoroussopanSejarahTiadaPerihal sifat atau tingkah laku yang tidak melanggar kesopanan atau peraturan yang lazim, bersopan santun atau beradat.
low comedyriawara kasarKomunikasiKorporatJenis jenaka atau lawak yang tidak serius dan kurang bersopan berbanding dengan jenaka atau lawak santun. Riawara kasar banyak melibatkan unsur gurauan yang mempersendakan pihak lain dan secara tidak langsung boleh menjejaskan nilai hubungan kemanusiaan. Selain itu, riawara kasar juga mengandungi unsur nyanyian yang bising, suasana pertengkaran di hadapan khalayak, mengandungi kata cemuhan, malah turut diselang-seli degan unsur kelucahan. Riawara kasar juga boleh dihasilkan dalam bentuk persembahan drama atau riawara. Dalam sejarah riawara kasar di England, drama jenis ini pertama kali dihasilkan apabila pelakon berdialog di luar skrip. Riawara kasar ini dikenali juga sebagai drama yang tidak bersopan, tiada unsur pendidikan, dan hanya sesuai dipersembahkan kepada khalayak tertentu. Riawara kasar dilakonkan atau dipersembahkan oleh pelakon, penghibur, atau pengacara di atas pentas atau di media elektronik. Riawara jenis ini kerap dipersembahkan di pementasan khas atau disiarkan selepas masa perdana kerana kandungannya yang hanya sesuai untuk khalayak dewasa. Sinonim komedi kasar.

Kembali ke atas