Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.so.sial] | برسوسيال

Definisi : bercampur gaul (biasanya di­maksudkan antara lelaki dgn perempuan): pemuda pemudi yg pandai ~ dan menye­suaikan diri dgn kehendak-kehendak zaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.so.sial] | برسوسيال

Definisi : bergaul atau bercampur dgn ma­syarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sosial (kata nama)
Bersinonim dengan kemasyarakatan;
Kata Terbitan : bersosial,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
agreeablenesskebersetujuanPsikologiTiadaSikap seseorang yang suka berkawan dan bersosial seperti mudah bertegur sapa, bekerjasama, saling mempercayai, mesra, mudah bersimpati, baik hati, tidak suka membantah, suka membantu, pemaaf serta kurang konflik dalam hubungan interpersonal serta asertif.
nerdnerdaTeknologi MaklumatTiadaSeseorang yang pintar dari segi pengetahuan dan kemahiran teknikal tetapi tidak pandai bersosial. Imej seseorang nerda ialah seseorang yang memakai cermin mata tebal dan dikelilingi oleh tabung uji dan komputer. Bill Gates, pemilik syarikat Microsoft sering kali dianggap seorang nerda yang telah berjaya.
living roomruang tamuKesenianSeni BinaRuang atau kawasan di dalam sebuah rumah kediaman yang digunakan untuk berehat dan bersosial. Ruang tamu kadangkala disebut sebagai bilik depan kerana terletak berhampiran dengan pintu masuk utama di bahagian depan rumah. Istilah ruang tamu dicipta pada penghujung abad ke-19 atau awal abad ke-20. Di Malaysia, penggunaan ruang tamu boleh dilihat pada semua jenis tipologi rumah.
organisation theoryteori organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Gullick (1937), telah menggariskan tiga komponen penting yang terkandung dalam teori ini, iaitu pembahagian kerja, koordinasi kerja dan corak organisasi. Teori ini boleh diklasifikasikan kepada organisasi formal dan tidak formal. Organisasi formal adalah organisasi yang bersistematik, berstruktur, bervisi, bermisi, berobjektif dan bermatlamat. Para sarjana merujuk organisasi formal sebagai organisasi kerja, tanpa mengira bentuk, saiz, struktur atau jenis organisasi. Organisasi jenis ini juga berteraskan kepada kuasa, pangkat, peranan dan tanggungjawab yang diagihkan mengikut kesesuaian dan kelayakan. Organisasi formal  mempunyai tingkat hierarki yang jelas membezakan antara majikan dengan pekerja, melalui hierarki yang ditunjukkan dalam carta dan struktur organisasi. Manakala organisasi tidak formal menjurus kepada pembentukan kumpulan manusia. Mereka membentuk kumpulan atau kelompok untuk bersosial dan mempertingkatkan kualiti kehidupan. Contohnya, kumpulan dalam masyarakat kampung, kumpulan riadah dan rakan sekerja.


Kembali ke atas