Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.su.ba.hat] | برسوباهت

Definisi : 1. menaruh syak wasangka (buruk sangka), ragu-ragu, sangsi; 2. bekerjasama dgn musuh dll: pejuang-pejuang kebangsaan Korea bersama-sama dgn komunis-komunis Jepun telah ~ hendak mendirikan satu kerajaan pemberontakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.su.ba.hat] | برسوباهت

Definisi : 1 berasa syak; berasa ragu-ragu. 2 bekerjasama dlm sesuatu pakatan ja­hat dll: Orang-orang yg ~ dgn musuh akan dihukum bunuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
subahat
Kata Terbitan : bersubahat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abetbersubahatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan memudahkan atau membantu secara aktif individu jenayah. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu tidak melakukan sesuatu atau berdiam diri terhadap jenayah tersebut, maka dia tidak akan dianggap sebagai bersubahat. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, konsep bersubahat dapat dilihat dalam kes Furundzija, (komandan perang di negara bekas Yugoslavia) yang dituduh bersubahat dalam melakukan jenayah seksual terhadap mangsa perang. Dalam kes ini, Anto Furundzija (si tertuduh) telah menyoal siasat mangsa ketika mangsa dirogol dan diserang secara seksual oleh seorang individu lain. Tribunal Jenayah Antarabangsa bekas Yugoslavia memutuskan bahawa kehadiran dan perbuatan si tertuduh menyoal siasat mangsa ketika mangsa dirogol adalah perbuatan membantu dan bersubahat dalam jenayah kerana si tertuduh memberikan bantuan, galakan dan sokongan moral kepada pesalah seksual tersebut. Furundzija telah didapati bersalah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa. lain dengan pengetahuan, niat atau tujuan untuk melakukan
collaboratebersubahatSejarahTiadaPerbuatan bekerjasama atau membantu musuh atau pihak lawan, bila berlaku pencerobohan atau pendudukan kuasa tentera.
collusionsubahatSejarahTiadaKeadaan atau hasil bekerjasama atau bersubahat.
counterplayerwatak penentangKesusasteraanTiadaWatak dalam sebuah drama yang menentang atau bersubahat untuk menentang watak wira atau wirawati.
plotterpemakatSejarahTiada2. Pemakat: Orang yang menjadi perancang untuk melakukan sesuatu atau bersubahat untuk tujuan buruk.
concept of collaborationkonsep sama sertaSejarahTiadaKonsep yang mencirikan sikap bekerjasama sama ada untuk kebaikan atau bersubahat untuk keburukan biasanya dalam peperangan.
crime scene stagingpemalsuan tempat kejadian jenayahSains ForensikTiadaPercubaan yang dilakukan oleh pesalah atau orang yang bersubahat untuk mengubah jenayah supaya kekuatan bukti dikurangkan.

Kembali ke atas