Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sum.ber] | برسومبر

Definisi : berasas (pd), bersandar (pd): konsep sejarah ~ pd peristiwa-peristiwa yg berunsurkan kebenaran hakiki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sum.ber] | برسومبر

Definisi : 1 ada sumber; berasal: Khabar-khabar yg tidak ~. 2 berasas (pd); bersandar (pd): Laporan yg ~ pd kejadian sebenar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumber (kata nama)
1. Bersinonim dengan mata air: perigi, sumur, telaga, ocak-ocak,

2. Bersinonim dengan asal: punca, mula, punat, benih,

Kata Terbitan : bersumber,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corporate identityidentiti korporatKomunikasiKorporatGambaran mengenai sesebuah syarikat atau organisasi yang diterima oleh khalayak. Gambaran ini bersumber daripada lambang dan pernyataan yang dipaparkan atau tercatat bagi mewakili sesebuah syarikat atau organisasi. Gambaran ini wujud dalam unsur yang digabungkan untuk membentuk identiti atau keperibadian sesebuah syarikat. Antaranya termasuklah logo, warna, nama, slogan, pakaian seragam, reka bentuk bangunan, piagam pelanggan, dan falsafah organisasi. Sebarang bentuk pengiklanan, publisiti, kempen, promosi atau pengendalian aktiviti yang dilakukan oleh syarikat yang perlu mengandungi unsur tersebut bagi memastikan sesuatu yang dilakukan itu mencerminkan keperibadian syarikat berkenaan. Syarikat tersebut tidak menyokong sebarang aktiviti, projek, atau kempen yang bertentangan dengan falsafah organisasi. Identiti korporat yang stabil dan baik akan dapat mewujudkan tanggapan dan kepercayaan positif dalam khalayak terhadap syarikat. Tanggapan dan kepercayaan yang baik akhirnya akan menghasilkan citra korporat yang positif.
cobaltkobaltVeterinarTiadaSimbol: Co. Unsur logam berwarna kelabu pucat yang penting sebagai unsur surih bagi organisma hidup. Unsur ini terdapat dalam makanan bersumber daripada haiwan dan merupakan komponen vitamin B12. Oleh itu, unsur ini sangat penting bagi aktiviti mikroorganisma di dalam rumen yang mensintesis vitamin B12 pada ternakan ruminan. Kekurangan unsur ini boleh menyebabkan anemia, hilang selera makan, pertumbuhan terencat dan penyakit sampu. Sumber utama kobalt diperoleh daripada mil kacang soya, hasil sampingan poltri, dedak padi dan mil daging.
historical diffusionresapan historis/difusi historisKesusasteraanTiadaSejarah penyerapan unsur-unsur luar yang terdapat dalam sesebuah karya. Contoh: cerita-cerita rakyat Melayu dikatakan sebahagiannya bersumber dari cerita-cerita sastera rakyat India.

Kembali ke atas