Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.su.sun] | برسوسون

Definisi : 1. berlonggok bertindih-tindih (yg satu di atas yg lain): beberapa keping atap zink masih ~ di bawah rumahnya; 2. terletak atau teratur baik-baik (berbaris-baris, berturut­turut, dll): nama-nama itu harus dicatat ~ menurut abjad; 3. kalimat ~ Id (Lin) dua tiga ayat yg dipadukan menjadi satu; 4. sl berikut, bersusul: Ahad ~ dgn Isnin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.su.sun] | برسوسون

Definisi : 1 berlonggok berlapis-lapis yg satu di atas yg lain: Kain bajunya yg sudah bergosok itu ~ rapi di dlm almari. 2 beratur atau berderet berlapis-lapis; terletak berbaris-baris; bersaf-saf: Kereta tetamu ~ di pekarangan rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,

Puisi
 

Ayuh encik jari bersusun,
     Mengadap raja sehari-hari;
Pandai menjaga buah di kebun,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beceretek[b«.tS«.ÒE.tE/]kata kerjabersusun dan banyak (seperti kasut yang bersusun di atas rak, burung di atas wayar telefon dan lain-lain).Banyak burong dok beceretek ataeh waya talipon.[bA.øA/ bu.ÒoN do/ b«.tS«.ÒE.tE/ A.tAEh wA.jA tA.li.pon]Banyak burung bertenggek berderet di atas wayar telefon.
betoran[b«.t.ÒAn]kata adjektifberkenaan pinggan mangkuk, tikar, talam, kain dan lain-lain yang bersusun atau berlapis-lapis.Awat hang biaq betoran pinggan tu, bila hang nak basoh?[A.wAt hAN bi.jAâÖ b«.t.ÒAn piN.gAn tu bi.lA hAN nA/ bA.soh]Kenapa kamu biarkan pinggan itu bersusun, bila kamu hendak membasuhnya?
bededam[b«.d«.dAm]kata adjektifbanyak, bersusun-susun (berkenaan benda yang besar seperti rumah, motokar dan lain-lain).Nak lintaeh jalan pon tak buleh, kereta bededam.[nA/ lin.tAEh dZA.lAn pon tA/ bu.leh k«.ÒE.tA b«.d«.dAm]Susah hendak melintas jalan kerana banyak kereta.
beselerak bak[b«.s«.lE.ÒA/ bA/] berselerak merata-rata, tidak bersusun dan tidak teratur; beselerak tarak.Dalam opeh tu surat habaq beselerak bak ataeh lantai.[dA.lAm o.peh tu su.ÒAt hA.bAâÖ b«.s«.lE.ÒA/ bA/ A.tAEh lAn.tAj]Dalam pejabat itu surat khabar berselerakan di atas lantai.
beselerak tarak[b«.s«.lE.ÒA/ tA.ÒA/] berselerak merata-rata, tidak bersusun dan tidak teratur; beselerak bak.Dalam opeh tu surat habaq beselerak tarak ataeh lantai.[dA.lAm o.peh tu su.ÒAt hA.bAâÖ b«.s«.lE.ÒA/ tA.ÒA/ A.tAEh lAn.tAj]Dalam pejabat itu surat khabar berselerakan di atas lantai.

Kembali ke atas