Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.syair]/[ber.sya.Öir] | برشعير

Definisi : 1. (sedang) menggubah syair; 2. membaca syair dgn berlagu: ramai orang yg mengambil bahagian dlm peraduan ber­syarah, ~, bersajak, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.syair]/[ber.sya.Öir] | برشعير

Definisi : 1 mengarang syair. 2 membaca syair dgn berlagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersyair


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As salam. Saya nak bertanya jika sajak kita akan sebut mendklimasikan sajak. Jika syair, adakah kita menggunakan istilah mengalunkan syair atau ada istilah yang lebih sesuai? Terima lasihPerkataan mengalunkan syair boleh digunakan selain  bersyair dan melagukan syair.Tatabahasa30.08.2013
Madah berkait dengan pujangga, dan pujangga berkait dengan puisi. Adakah 'madah' boleh dikategorikan sebagai genre puisi?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, madah bermaksud 1. kata yang terutamanya digunakan untuk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar madah Tuan Penghulu itu; 2. (sastera lama) perkataan; berpanjang madah berkata (menghuraikan dll) dengan panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pen­deknya;.
Bermadah pula bermaksud bersyair dll dengan memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja.


Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradisional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. 

Daripada huraian maksud, madah boleh dihimpunkan dalam genre puisi.

Sastera15.06.2019

Kembali ke atas