Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkubu1 bertahan dlm kubu: Tentera musuh ~ di tebing sungai itu. 2 menggunakan kubu: ~ gajah menangkap gajah dgn menggunakan kubu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkukuh1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir);Kamus Dewan Edisi Keempat
berkubu1. bertahan dlm kubu: tentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy; 2. ada kubunya, diperkukuh dgn kubu: barisan pertahanan yg ~; ~ gajah menangkap gajah dgn menghalaunya masuk ke dlm kubu;Kamus Dewan Edisi Keempat
kubu1 pagar drpd kayu dll utk menahan serangan musuh dll. 2 tempat bertahan yg diberi berpagar dan dilengkapi senjata; benteng tempat menahan serangan musuh: Mereka membuat ~ di atas bukit itu. 3 tempat yg berpagar utk menangkap gajah. berkubu 1 bertahan dlm kubu: Tentera musuh ~ di tebing sungai itu. 2 menggunakan kubu: ~ gajah menangkap gajah dgn menggunakan kubu. berkubukan menggunakan sesuatu sbg kubu: ~ batang pisang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tahan1 tidak mudah rosak (punah, berubah dll); tetap keadaannya walau­pun mengalami berbagai-bagai hal: Kereta ini kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun. 2 sanggup menderita atau sanggup menanggung sesuatu: Siapa yg ~ menanggung seksaan yg se­kejam itu? 3 boleh cukup; mencukupi; memadai: Beras ini ~ utk seminggu. ~ air tidak dpt dimasuki air. ~ api tidak dpt terbakar. ~ hati teguh hati; cekal hati. ~ lama tidak lekas rosak atau busuk. ~ lasak a. teguh (bkn pakaian, alat dll); tidak mudah rosak. b. kuat dan cekap bekerja. bertahan 1 tidak berganjak dr tempatnya; tidak berundur: Sekarang tentera Parsi ~ di dlm kubunya saja, tidak mahu keluar. 2 = ~ diri menjaga diri drpd serangan musuh. menahan 1 tidak membiarkan lepas (mengalir, lalu dll); menyekat: Batas ini gunanya utk ~ air drpd mengalir keluar. 2 tidak membenarkan masuk, pergi dll: Kerana kami tidak mempunyai surat kebenaran masuk, pengawal itu telah ~ kami di pintu pagar istana. 3 memberi bersokong supaya tidak roboh (run­tuh); menopang. 4 memasukkan ke dlm penjara; memenjarakan: Dia telah ditahan oleh polis selama seminggu. 5 melambai-lambaikan tangan supaya bas (kereta dll) berhenti. ~ jerat a. memasang jerat. b. ki mengenakan atau melakukan tipu muslihat; men­celakakan dgn tipu muslihat. me­nahankan 1 menjadikan tahan; men­­­jadikan tidak mudah rosak dll. 2 meng­gunakan sesuatu utk menahan. mempertahankan 1 menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah: ~ adat. 2 menjaga supaya tidak diserang (dikuasai, dirosakkan dll); melindungi: ~ tanah air drpd serangan musuh. tertahan dpt ditahan; tercegah; terhenti; tersekat: Serangan pasukan keselamatan tidak ~ oleh musuh. tertahan-tahan tidak berapa lancar (bkn sesuatu); terputus-putus; terhenti-henti. tahanan 1 orang, barang dll yg ditahan: Kerajaan membantu dan memberi layanan dgn baik kpd anak dan isteri orang-orang ~ politik. 2 tempat menahan orang; penjara: Dia telah dimasukkan ke dlm ~ selama sebulan. 3 tindakan menahan (dlm penjara dll): Beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah suatu masa dahulu. ketahanan sifat atau keadaan tahan; kekuatan. pertahanan 1 perbuatan atau hal bertahan. 2 sesuatu yg digunakan utk mempertahankan atau utk melindungi. penahanan perihal (perbuatan dsb) menahan. penahan orang dll yg menahan; penyekat; penghalang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertahan1 tidak berganjak dr tempatnya; tidak berundur: Sekarang tentera Parsi ~ di dlm kubunya saja, tidak mahu keluar. 2 = ~ diri menjaga diri drpd serangan musuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertahan1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mem­pertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Benda­hara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertahan 1 tidak berganjak dr tempatnya; tidak berundur: Sekarang tentera Parsi ~ di dlm kubunya saja, tidak mahu keluar.Kamus Pelajar
seteling(setéling) IB, bp 1. kedudukan per­tahanan (tentera), tempat bertahan dan me­lancarkan gerakan, segala kelengkapan per­tahanan dlm gerakan tentera; 2. menyusun kedudukan utk melancarkan gerakan dll; menyeteling bp 1. mengatur kedudukan pertahanan (tentera), bertahan pd suatu tempat; 2. melakukan serangan dll, mengepung.Kamus Dewan Edisi Keempat
pertahanan1 perbuatan atau hal bertahan. 2 sesuatu yg digunakan utk mempertahankan atau utk melindungi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas