Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertahun;

Puisi
 

Hujan turun di rimba belukar,
     Anak itik dikepung nyonya;
Bertahun-tahun gunung terbakar,
     Embun setitik jadi pemadamnya.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Encik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pohon tumbang dilanggar gajah, Ambil daun dibuat pais; Bertahun-tahun Sarawak dijajah, Dijajah Jepun dijajah Inggeris.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Dato Patinggi panglima perang, Mati terbunuh di Kuala Skrang; Bertahun kunanti adik kusayang, Baru sekarang wajah kupandang.Pantun Melayu SarawakKasih
Biji mentimun dibuat bibit, Sampai musimnya ditanam lagi; Menanti bertahun membuat sakit, Badan merana dendam berahi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hujan turun di rimba belukar, Anak itik dikepung nyonya; Bertahun-tahun gunung terbakar, Embun setitik jadi pemadamnya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ekonomi Negara kini menurun, Tidak siapa dapat menduga; Kami bekerja bertahun-tahun, Memantap ekonomi kestabilan keluarga.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Buah mentimun di tepi tasik, Habis busuk dimakan belalang; Sudah bertahun kunanti adik, Hatiku remuk bukan kepalang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah mentimun di tepi batang, Saban hari bertambah besar; Sudah bertahun kunanti abang, Sampai kini tak ada khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Selasih jangan tinggi, Kalau tinggi berdaun jangan; Kekasih jangan pergi, Kalau pergi bertahun jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bangau bukan sebarang bangau, Bangau tekun mencari ikan; Risauku bukan sebarang risau, Risau bertahun menanti pesan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas