Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.kung] | برتاکوڠ

Definisi : tidak mengalir, tergenang, ter­sekat: segala tempat air ~ hendaklah di­tambak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.kung] | برتاکوڠ

Definisi : tidak mengalir; tersekat; bergenang: Nyamuk biasanya bertelur di tempat air ~ dan di dlm paya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takung (kata nama)
Bersinonim dengan takungan, penakung, bak, bejana, tempayan, retot;,
Kata Terbitan : bertakung, menakung, penakungan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stagnant layerlapisan bertakungSains KesihatanTiadaLapisan cecair tidak bergerak di antara permukaan hablur dan larutan.
bilge waterair bilgaPelayaranTiadaAir yang bertakung dalam bilga hasil dari kebocoran plat kapal, penyejukan, penyaliran dari kargo cecair, bahagian enjin atau hujan.
lentic habitathabitat lentikBiologiEkologiHabitat air bertakung, misalnya tasik, kolam, dan paya.
hydrocelehidroselePerubatanTiadaBendungan cecair, terutamanya cecair yang bertakung di dalam tunika vaginalis testis.
AedesAedesPerubatanTiadaSejenis genus nyamuk, misalnya Aedes aegypti, yang membiak di dalam air bertakung, yang menjadi vektor penyakit demam denggi. Nyamuk ini juga dapat menularkan infeksi filaria.
limber holelubang alirKejuruteraanTiadaLubang kecil yang terdapat pada pengukuh plat supaya air atau minyak tidak bertakung.
intraoperative blood salvagepenyelamatan darah intrabedahPerubatanTiadaTeknik penyelamatan sel darah semasa pembedahan. Darah yang mengalir keluar dan bertakung di kawasan pembedahan disedut, ditapis, dicuci dan dikumpulkan dalam beg darah. Darah ini digunakan semula untuk pesakit tersebut.
bubble plateplat gelembungKejuruteraanKejuruteraan KimiaUnit pemindahan jisim yang menggabungkan kaedah pengendalian menara sembur dan gelembung. Gelembung disuap ke dalam turus melalui sistem plat yang dipasang merentasi turus dan cecair disuap dari bahagian atas turus supaya bertakung di atas plat. Gelembung gas kemudiannya disuap dari bahagian bawah plat ke dalam kolam cecair yang bertakung di atasnya. Unit ini menggabungkan kebaikan menara jenis gelembung dan semburan.
acid sulphate soiltanah asid sulfatPertanianAgroteknologiTanah yang mengandungi bahan organik yang tinggi termasuk gambut yang terbentuk dalam keadaan air yang bertakung. Tanah ini mengandungi ferum sulfida (Fe2+) atau ferum oksida yang sangat tinggi. Sekiranya dibiarkan, asid sulfat ini tidak memberikan kesan tetapi apabila tanah itu disalirkan dengan merendahkan aras air tanah, sulfida itu akan bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan asid sulfurik. Keadaan ini akan merendahkan pH dan meningkatkan kandungan ferum, aluminium dan logam berat termasuk asenik. Hal ini akan menjejaskan tumbuhan dan bahan kimia itu boleh memasuki sumber air tanah serta membunuh ikan dan organisma akuatik.
coping materialbahan tukupLandskapTiadaBahan daripada simen dan bata yang digunakan untuk menutup bahagian atas dinding atau tembok supaya air tidak bertakung.
123

Kembali ke atas