Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.li] | برتالي

Definisi : 1. ada talinya, memakai tali: pd bahunya tersandang sebuah bungkusan kain yg diberi ~ panjang; 2. = ki sudah ber­tunang­an (gadis), berikat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.li] | برتالي

Definisi : ada talinya; memakai tali: Ada juga jam saku yg diberi ~ dan dibubuh dlm saku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tali (kata nama)
Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;,
Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian,

Puisi
 

Kapas-kapas bertali benang,
     Lepas benang bertali kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Diberi bertali panjang.

Bermaksud :

Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Diberi berpadang luas).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah bertali arus kata majmuk?

Bertali arus ialah kata majmuk.

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk ditulis terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan dengan sebarang unsur.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kata majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 48,54,72-75, 139 dan 218.

Terima kasih.

Tatabahasa20.02.2023
Adakah bertali arus, Gempa bumi, Layar ingatan, Gigi air, Logik akal, Cacar air, Jantung hati, Jalan pintas kata majmuk?

Bertali arus, gempa bumi, layar ingatan, gigi air, logik akal, cacar air, jantung hati dan jalan pintas ialah kata majmuk.

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk ditulis terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan dengan sebarang unsur.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kata majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 48,54,72-75, 139 dan 218.

Terima kasih.

Tatabahasa20.02.2023
Cadangan terjemahan untuk istilah "rappelling"?Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang rasmi untuk "rappelling" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah turun bertali.Istilah01.03.2016
selepas menyaksikan persembahan sambutan Maal Hijrah orang ramai ____ keluar dari Stadium Bukit Jalil. soalan saya ialah jika pilihan jawapan ada berbondong-bondong dan berpusu-pusu, yang manakah harus dipilih sedangkan kedua-dua jawapan mempunyai maksud yang sama iaitu berduyun-duyun? yang manakah lebih tepat dan mengapa???Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Sebagai contoh lain: Kelihatan kereta di atas jalan raya itu bertali arus sejak petang tadi. Frasa bertali arus digunakan bagi menggambarkan keadaan kenderaan yang  banyak dalam keadaan bergerak.Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong, berpusu-pusu dan bertali arus, semuanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai dan bilangan kenderaan yg banyak. Tidak salah menggunakan frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu tersebut. T.kasih. Makna06.08.2008
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah 'strap-on bag'. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "strap-on bag" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah beg bertali pengikat atau beg berpengikat.Istilah29.03.2016
Salam dan selamat sejahtera Tuan/Puan yang dihormati. Mohon bantuan terjemahan. Apakah terjemahan yang baik untuk 'guitar fingerboard or fretboard'? Adakah terjemahan 'papan jejari atau papan fret gitar' cukup? Terima kasih Tuan/Puan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud fret ialah bilah penentu ruang nada pada alat muzik bertali, seperti gitar dan mandolin, untuk mengawal nada bunyi yang dihasilkan. Maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi fretboard ialah "papan fret gitar"Makna23.01.2022
bolehkah/adakah sesuai untuk saya menggantikan istilah cording process (dalam bahasa inggeris) dengan proses pengkodan (dalam bahasa malaysia)?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "coding" (bukan cording) ialah pengekodan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu untuk "coding process"  ialah proses pengekodan. Istilah "cording" terdapat dalam bidang kesenian dan istilah  bahasa Melayunya ialah trimin tali pintal yang bermaksud trimin yang diperbuat daripada pita serong bertali pintal dan digunakan sebagai butang mata lalat atau gelung butang.Istilah14.04.2014
Bagaimanakah caranya untuk membina ayat menggunakan perkataan semantung untuk menerangkan cuaca? Bolehkah saya membuat ayat "Agak semantung cuaca hari ini." ?

Semantung bermaksud guruh dengan tiada hujan, iaitu merujuk cuaca yang kurang baik. Contoh ayat yang diberikan tidak betul kerana semantung bukan bermaksud cuaca, sebaliknya guruh, iaitu bunyi bising di langit yang biasanya didahului oleh kilat. Penggunaan contoh ayat yang betul ialah Adik memeluk ibu dengan erat apabila mendengar bunyi semantung yang kuat atau Bunyi semantung yang bertali arus membingitkan telinga.

Makna31.08.2021

Kembali ke atas