Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.li] | برتالي

Definisi : 1. ada talinya, memakai tali: pd bahunya tersandang sebuah bungkusan kain yg diberi ~ panjang; 2. = ki sudah ber­tunang­an (gadis), berikat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.li] | برتالي

Definisi : ada talinya; memakai tali: Ada juga jam saku yg diberi ~ dan dibubuh dlm saku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tali (kata nama)
Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;,
Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian,

Puisi
 

Kapas-kapas bertali benang,
     Lepas benang bertali kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Diberi bertali panjang.

Bermaksud :

Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Diberi berpadang luas).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALAT MUZIK BERTALI

Alat muzik bertali ialah alat muzik yang menghasilkan bunyi pada bahagian tali.

KESENIANAlat/Alatan
SITAR

Sitar ialah alat muzik bertali yang berasal dari India

atau Parsi. Alat ini digunakan dalam muzik klasik di

utara India, Pakistan dan Bangladesh. Sitar

mempunyai leher yang panjang dan lebar yang

dibuat daripada kayu dan badan berbentuk buah

pear yang dibuat daripada buah labu yang besar.

Terdapat 7 utas tali utama yang dipetik oleh ahli

muzik dengan menggunakan pemetik wayar yang

dipakai di jari telunjuk kanan. Sitar juga mempunyai

12 atau lebih tali penurut. Tali ini bergetar apabila

tali utama dimainkan. Jaluran logam yang boleh

laras yang dikenal sebagai fret dipasang pada leher

sitar. Jaluran logam ini berfungsi sebagai panduan

penjarian bagi

tangan kiri.

UMUM 
DULSIMER

Dulsimer ialah alat muzik bertali yang

dimainkan dengan pemukul kayu. Dulsimer ini

mempunyai antara 42 hingga 72 tali daripada keluli

yang diregang merentasi kotak kayu yang rata,

yang biasanya berbentuk trapezoid.

UMUM 
KECAPI

Kecapi ialah alat muzik bertali purba. Badannya

berbentuk buah pear, lehernya mempunyai papan

jari yang berfret, dan kotak pasak yang terlekat

pada lehernya pada sudut tajam.

UMUM 
MANDOLIN

Mandolin ialah sejenis alat muzik bertali. Ia

mempunyai leher yang kecil dan bersambung

kepada badan yang berbentuk seperti buah pir

yang menyerupai badan lut.

UMUM 
ZITER

Ziter ialah sejenis alat muzik bertali yang terdiri

daripada kotak kayu mendatar dengan 32 helai atau lebih tali atau dawai yang direntang memanjang.

Untuk dimainkan, ziter diletak di atas meja.

UMUMKonsep
NEEL, LOUIS BOYD

Neel, Louis Boyd (1905–1981), pengasas dan

memimpin Boyd Neel Orchestra, iaitu salah

sebuah orkestra bertali yang utama di Eropah.

Neel menubuhkan orkestra ini pada tahun 1932.

Para pemuzik mengagumi interpretasi lagu Bach

dan Handel yang dihasilkan oleh orkestranya. Neel

juga memimpin beberapa orkestra utama Britain.

Dari tahun 1953 hingga tahun 1971, dia menjadi

Dekan Royal Conservatory of Music di Toronto,

Kanada. Dia lahir di London.

UMUM 
REBAB

REBAB, sejenis alat muzik tradisi Melayu yang bertali dua atau tiga dan tergolong dalam kategori kordofon (chordophone). Alat muzik ini dipercayai berasal dari Timur Tengah dan diperkenalkan di Alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Islam. Rebab boleh didapati di negeri-negeri Melayu khususnya di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand dan kepulauan Indonesia, tetapi bentuk dan ukurannya berbeza.

BUDAYAAlat/Alatan
ORKESTRA

Orkestra ialah kumpulan pemuzik yang bermain

pelbagai alat muzik bersama-sama. Sesetengah

orkestra Afrika dan Asia mengandungi alatan

genderang, seperti dram, gong, dan zilofon.

Tetapi di kebanyakan negara Barat, kumpulan

muzik dianggap sebagai orkestra hanya jika ia

memasukkan biola atau alatan bertali yang lain.

Orkestra berbeza daripada kumpulan muzik yang

mengandungi sebahagian besarnya oleh alat

tiupan dan alat genderang.

UMUM 
MUZIK POPULAR

Muzik popular ialah muzik yang mendapat

tempat di hati orang ramai iaitu muzik yang

dinikmati oleh sebilangan besar penduduk. Istilah

ini sering digunakan untuk membezakannya

daripada muzik klasik. Muzik klasik adalah satu

bentuk seni yang dipelajari, dan ciptaan yang

agak rumit dipersembahkan oleh pemain

instrumental solo, kuartet bertali, orkestra

simfoni, dan sebagainya. Sesetengah orang

merasakan bahawa muzik popular mudah dan

menghiburkan sementara muzik klasik pula

serius, begitu halus, atau sukar dinikmati. Walau

bagaimanapun lagu popular seperti “Eleanor

Rigby” oleh John Lennon dan Paul McCartney,

adalah serius dan agak rumit, dan banyak karya

klasik seperti Eine Kleine Nachtmusik karya

Mozart, simfoni-simfoni Tchaikovsky, atau Bolero

karya Ravel dikenali dan digemari oleh berjuta-juta

pendengar. Malah sesetengah muzik klasik

seperti beberapa karya piano Chopin telah

diadaptasikan sebagai lagu popular.

UMUM 
12

Kembali ke atas