Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tang.guh] | برتڠݢوه

Definisi : 1. minta tempoh, minta di­­un­dur­kan waktu: wang bakinya ia ~; 2. berlam­bat-lambat, berlengah-lengah, ayal: dgn tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; 3. tidak mahu, enggan: dia ~ menemui orang tua itu; 4. menunggu hingga ke masa lain, menanti: ayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tang.guh] | برتڠݢوه

Definisi : 1 meminta supaya di­lanjutkan waktunya: Tuan rumah membenarkan dia ~ membayar sewa rumahnya selama dua minggu. 2 = ber­tangguh-tangguh berlama-lama; ber- lambat-lambat; berlengah-lengah: Dgn tiada ~ lagi, perajurit-perajurit Riau pun melepaskan tembakan ke darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangguh
Kata Terbitan : bertangguh, menangguhkan, mempertangguhkan, tertangguh, penangguhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
دين المؤجلhutang bertangguhAgama IslamFiqhHutang yang dibenarkan pembayarannya dalam tempoh tertentu.
ضمان المؤجلjaminan bertangguhAgama IslamFiqhJaminan yang mesti ditunaikan oleh seseorang secara bertempoh.
صيغة غير منجزةlafaz bertangguhAgama IslamFiqhLafaz yang tidak berkuat kuasa dengan keluarnya perkataan itu (istilah Hanafi).
sanad bai‘ bi thaman ajilbon jual beli harga bertangguhPerniagaan IslamTiadaSekuriti hutang yang diterbitkan oleh kerajaan atau pihak swasta dengan bersandarkan akad bai‘ bi thaman ajil. Pihak pelabur akan mendapat pulangan berdasarkan perbezaan nilai tunai dengan harga tertangguh. Contohnya, sekuriti yang diterbitkan oleh Syarikat Shell Malaysia Berhad dan instrumen ini boleh diurus niaga di pasaran hutang.
taqsitansuranPerniagaan IslamTiadaPembayaran hutang secara bertangguh, iaitu mengagihkan pembayaran secara berkala melalui ansuran seperti mingguan atau bulanan. Taqsit diharuskan untuk memberi kemudahan kepada penghutang yang tidak mampu membuat pembayaran secara tunai. Lihat juga ta’jil, bai‘ taqsit.
تعجيلtunaiAgama IslamFiqhPembayaran secara tidak bertangguh.
ta‘jiltunai/segeraPerniagaan IslamTiadaUrusan tidak bertangguh atau menyegerakan sesuatu perkara. Contohnya, segera membayar hutang dan zakat. Dalam bai‘ salam pula, ta‘jil dilaksanakan apabila penjual menyerahkan produk kepada pembeli lebih awal dari waktu yang dipersetujui.
ta’qitbertempohPerniagaan IslamTiadaPenetapan tempoh tertentu dalam urusan jual beli bertangguh, jual salam, gadaian atau pajakan. Contohnya, tempoh penebusan barangan gadaian seperti sebulan atau setahun.
daman ‘uhdahjaminan janjiPerniagaan IslamTiadaTanggungan untuk menunaikan sesuatu yang telah dijanjikan. Contohnya, dalam urus niaga jual beli bertangguh, pihak penghutang hendaklah menyegerakan bayaran hutang mengikut tempoh yang dijanjikan. Dalam perkhidmatan penghantaran cepat pula, unsur jaminan penghantaran dalam tempoh tertentu adalah sangat penting.
taqbudunjuk terimaPerniagaan IslamTiadaPenyerahan harta yang dilakukan oleh pihak yang berakad. Contohnya, penyerahan harta dan balasan dalam akad jual beli tunai atau bertangguh, penyerahan harta dalam akad hibah dan penyerahan faedah kenderaan dalam akad ijarah. Dalam akad jual beli yang melibatkan harta ribawi, taqbud mesti berlaku serentak bagi mengelakkan berlakunya riba yad atau riba nasi’ah.
12

Kembali ke atas