Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.rikh] | برتاريخ

Definisi : bertanggal, ada tarikhnya: surat itu ~ 20 Mei 1960; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.rikh] | برتاريخ

Definisi : ada tarikh; tercatat tarikh pdnya: Surat tuan yg ~ 20 Mei 1985 telah diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarikh (kata nama)
Bersinonim dengan hari bulan, tanggal, titimangsa;,
Kata Terbitan : bertarikh, mentarikhkan, pentarikhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jawapan bertarikh 13.8.13(10am) dirujuk, Adakah ini bermakna ayat “mengeluarkan KENYATAAN di Akhbar” adalah salah kerana sepatutnya perkataan PERNYATAAN digunakan. Kenapa ungkapan tersebut lazim digunakan di media cetak dan elektronik?Pernyataan bermaksud kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman dan pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara. Pernyataan dan kenyataan boleh membawa maksud masing-masing atau membawa maksud pengumuman bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa16.08.2013
pertanyaan saya bertarikh 9.8.2022 belum dijawab oleh pihak tuan dalam tempoh masa yang telah dijanjikan iaitu dua hari dari tarikh soalan diajukan.

Kami mencadangkan padanan berikut “Kehadiran pegawai tuan ke program ini adalah untuk berkongsi maklumat program bahasa yang telah dijalankan di organisasi tuan.” Mohon rujuk pada PRPM atau klik FAQ melalui laman web KNDBP untuk koleksi soalan KNB yang terdahulu sebagai panduan.

Lain-lain13.08.2022
Soalan saya bertarikh pada bulan 8 2020 masih belum terjawab, izinkan saya bertanyakan soalan tersebut semula. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Manakah yang lebih betul dan apakah alasannya? Ibu susu atau ibu susuan? Terima kasih.Waalaikumsalam

jawapan yang betul ialah ibu susu kerana ibu susu membawa maksud perempuan yang menyusui seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sendiri.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.10.2020
1) Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 adalah dirujuk atau Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk -Adakah penggunaan perkataan adalah di atas betul?Mana satu ayat yang betul?Ayat yang pertama atau kedua? 2)Buah rambutan itu masuh mentah/muda. -Yang mana satu perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat di atas?mentah/muda? 3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu __________kerana kekurangan baja. -Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di atas?renek/kerdil?Berikut merupakan ayat yang telah dipinda menggunakan tatabahasa yang betul.

1) Dengan hormatnya, surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk.

2) Buah rambutan itu masih muda.
 
3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu kerdil kerana kekurangan baja.
Tatabahasa05.03.2013
saya mohon nasihat penggunaan ayat " mesyuarat senat bertarikh 8 jun 2017 mengesahkan penama telah menamatkan pengajian diperingkat sarjana sains (penyelidikan)Salam sejahtera,
 Tuan,

Ayat yang betul:

Mesyuarat Senat bertarikh 8 Jun 2017 mengesahkan penama telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Sains (Mod Penyelidikan).

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan16.06.2017
Salam. soalan saya tentang penggunaan perkataan 'boleh' dan 'dapat' Pada jawapan pihak tuan yg bertarikh 30 okt 2014 menjelaskan bahawa terdapat perbezaan penggunaan perkataan 'boleh' dan 'dapat' tetapi pada jawapan pihak tuan yg bertarikh 18 mei 2016 menjelaskan bahawa perkataan'dapat' dan 'boleh' merujuk kepada maksud yang sama. Saya keliru dengan penjelasan tersebut. Harap pihak tuan dapat memberi pencerahan.. terima kasih.Untuk makluman tuan, dapat dan boleh kedua-duanya membawa maksud yang sama dalam konteks komponen makna keupayaan, seperti Anaknya boleh berjalan dan Ahmad tidak dapat datang ke sekolah kerana demam. Walau bagaimanapun hanya kata bantu boleh digunakan dalam komponen makna keizinan seperti Kami tidak boleh bermain di luar kawasan perumahan.Tatabahasa19.04.2017
minta pembetulan karangan surat ini. Tuan, PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA Adalah dengan hormatnya saya menarik perhatian perkara diatas. 2. Merujuk kepada surat tuan bertarikh pada 21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14 memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA. 3. Sukacita saya maklumkan seperti berikut :- 3.1. Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawabpan. Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010. 3.2. Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawabpan. 4. Dengan ini saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. Saya yang benar,

Encik Abdul Rahim,

Tuan,

PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA

Dengan segala hormatnya surat tuan bertarikh  21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14, memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA dirujuk.

2.     Sukacita saya maklumkan seperti yang berikut :-  

                     2.1   Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawapan.

                     2.2    Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawapan

3.   Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010

4.    Untuk makluman tuan saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera.

 Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

.

 

Lain-lain01.10.2010
Adakah perkattan "air" diftong atau vokal berganda? Terdapat percanggahan pada laman kidmat nasihat. Soalan tatabahasa bertarikh 13/1/2013 yang menggunakan pemenggalan air-air dan bukanya a-ir. Jawaban khidmat nasihat adalah diftong Tetapi pada soalan yang bertarikh 7/1/2013 untuk perkataan air. Jawaban khidmat nasihat adalah vokal berganding kerana dilafazkan sebagai a-ir. Mana yang betul?Jawapan terbaharu dalam Khidmat Nasihat Bahasa betul. Maklumat yang kami peroleh adalah darpada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Berlaku kesilapan fakta pada halaman 301 buku Tatabahasa Dewan dan hal ini akan diperbetulkan pada terbitan yang akan datang.Tatabahasa25.01.2013
Merujuk kepada pertanyaan bertarikh 25.4.2017 dan maklumbalas berkaitan telah diterima melalui e-mel pada 27.4.2017 walau bagaimanapun tiada surat yang dilampirkan bersama seperti yang dimaksudkan. Mohon maklumbalas beserta surat yang telah disemak.
Puan,

Mohon jelaskan butiran soalan kerana saya tidak dapat mengesan maklumbalas dan jawapan bertarikh 25.4.2017 daripada Petugas KNB DBP yang sebelumnya.
Penyemakan dan penterjemahan31.05.2017
Yang mana ejaan yang betul:REMPAH RATUS atau REMPAH -RATUS? Kedua-dua bentuk ejaan ini terdapat dalam PRPM. Contoh dalam PRPM: Soalan dalam Khidmat Nasihat bertarikh 25.4 2011 (ada sempang) Pengesahan Bahasa bertarikh 29.8.2013 (tiada sempang)Ejaan yang betul ialah rempah-ratus. Tuan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Empat untuk carian ejaan yang betul.Ejaan18.09.2013
123456789

Kembali ke atas