Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tau.liah] | برتولياه

Definisi : mempunyai tauliah, ada tauliah-nya: hanya amil-amil yg ~ sahaja yg boleh menerima zakat drpd orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertauliah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara "bertauliah" dan "berkanun"?Misalnya, bagi seseorang yang berkelayakan Chartered Accountant atau Chartered Secretary, adakah betul dan tepat sekiranya ia dipanggil Akauntan/Setiausaha Berkanun? Ataupun Akauntan/Setiausaha Bertauliah merupakan deskripsi yang lebih tepat dalam Bahasa Melayu?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, bertauliah bermaksud mempunyai tauliah. Manakala, berkanun pula bermaksud memakai atau mengikut kanun. Cadangan padanan terjemahan yang boleh digunakan untuk chartered accountant ialah akauntan berkanun atau akauntan bertauliah, chartered secretary ialah setiausaha berkanun atau setiausaha bertauliah mengikut konteks dan penggunaan ayat yang sesuai.

Penyemakan dan penterjemahan26.11.2022
Perlukan kepastian sama ada penggunaan "adalah" atau "ialah" yang tepat untuk ayat ini: Mereka ...... ejen-ejen bertauliah. Terima kasih.Ayat yang betul, "Mereka" ialah ejen yang bertauliah. Kata pemeri  ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti Warna baju yang dipakainya adalah merah dan Majlis diadakan adalah untuk meraikan kejayaannya.Tatabahasa09.04.2014
Salam. Saya ingin mendapat kepastian penggunaan perkataan "Chartered" di dalam bahasa. Adakah berkanun atau bertauliah? Untuk makluman, syarikat saya merupakan salah satu badan profesional dan baru menukar nama kepada "Chartered Tax Institute of Malaysia". Oleh itu, saya berharap maklum balas dari pihak Dewan Bahasa, apakah nama yang sesuai untuk syarikat di dalam bahasa?Sekian, terima kasih.

Saudara Emma,

Cadangan bahasa Melayu bagi nama tersebut ialah Institut Cukai Bertauliah Malaysia.

Istilah09.07.2009
Minta Bantuan Perkataan Jawi seperti berikut: 1) PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI BERTAULIAH 2) KEDAI LOGAM 3) PEJABAT URUSAN Sekian Terima Kasih

1. ايمݢنسي اسمبلي ڨوءين ت
2. ڨوست ڨنيلاين کومڨيتنسي برتولياه
3. ڨجابت اوروسن

Ejaan13.08.2019
Minta Bantuan perkataan JAWI seperti berikut: 1) EMERGENCY ASSEMBLY POINT 2) PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI BERTAULIAH Sekian Terima Kasih

 ايمݢنسي اسمبلي ڨوءين ت

ڨوست ڨنيلاين کومڨيتنسي برتولياه

Ejaan06.08.2019
Apakah ayat ini tepat? Pasangan pengantin itu telah dinikahkan oleh seorang juru nikah yang bertauliah dari pejabat kadi berdekatan.Selamat ptg:

Ayat tersebut betul. Perkataan jurunikah dirapatkan. Sekian, terima kasih.
Tatabahasa22.10.2016
Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768) menggariskan fungsi Lembaga Teknologis Malaysia untuk mengiktiraf Teknologis Profesional dan Juruteknik Bertauliah sebagai profesional. Namun, istilah Teknologis belum tersenarai dalam Dewan Bahasa. Apakah prosedur untuk memasukkan istilah tersebut dalam Dewan Bahasa?Kata technologist (bahasa Inggeris) diberikan padanan ahli teknologi atau juruteknologi, namun kata teknologis telah digunakan dalam akta dan juga gelaran profesional di negara ini, maka kata ini layak untuk dicalonkan sebagai kata baharu dalam bahasa Melayu. Pola pembentukan kata pinjaman asing ini sama dengan kata berakhiran -is yang lain, seperti novelis, cerpenis, dramatis, ekonomis dan sebagainya.

Kami mengambil maklum tentang kehadiran kata teknologis dalam penggunaan semasa. Perakaman kata ini sedang diusahakan dalam penyusunan kamus edisi berikutnya. 
Lain-lain27.06.2023
Apakah padanan bagi perkataan yang dilampirkan? Terima kasih.Kami mencadangkan "licentiate in medicine and surgery" diterjemahkan sebagai "pengamal perubatan dan pembedahan bertauliah", manakala "undergraduate course of study" diterjemahkan sebagai "kursus pengajian siswazah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan25.10.2021
apakah perbezaan DR dan Drs juga perbezaan Dato' dan Datuk1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "Dr." ialah kependekan untuk "doktor". Doktor bermaksud 1. orang yang berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan  2. orang yang telah mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pe­ngajian.  "Drs." berasal daripada bahasa Indonesia dan merupakan kependekan untuk doktorandus (lelaki). Doktorandus bermaksud lelaki yang lulus peperiksaan terakhir di universiti (sebelum mendapat gelaran doktor).

2. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan.
Makna04.02.2014
Apakah terjemahan yang sesuai bagi "certifying officer". Certifying officer dalam konteks ini adalah pegawai yang memastikan premis pemprosesan di bawah tanggungjawabnya adalah mematuhi perundanganUntuk makluman belum ada istilah yang khusus untuk certifying officer. Walau bagaimanapun, istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah Certified Public Accountant (Akauntan Raya Bertauliah) dan Certified Midwife (Bidan Bertauliah). Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk Certifying Officer ialah Pegawai Pentauliah. Istilah06.04.2011
12

Kembali ke atas