Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.kat] | برتکت

Definisi : dihiasi dgn tekat, bersuji, bersulam: kain sarung ~ emas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.kat] | برتکت

Definisi : ada tekat atau ada sulamnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekat
Kata Terbitan : bertekat, menekat, tekatan,

Puisi
 

Bunga telur bertekat-tekat,
     Mari dikarang berikat-ikat;
Adik duduk tersimpuh rapat,
     Abang akan duduk dekat.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Songket bertekat dipakai dara, Ikat cincinnya bunga tanjung; Malang mengharap kasih saudara, Ibarat tebu tawar ke hujung.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bunga telur bertekat-tekat, Mari dikarang berikat-ikat; Adik duduk tersimpuh rapat, Abang akan duduk dekat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalaulah hilang baju bertekat, Hari petang hati pun risau; Kalaulah hilang pemangku adat, Negeri nan tenang menjadi kacau.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Banyak kain perkara kain, Kain berenda lebar bertekat; Banyak main perkara main, Main muda berlanggar adat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok kain kerana bajunya, Elok baju kerana bertekat; Elok pemimpin kerana lakunya, Elok laku kerana beradat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas